NELSPRUIT, Afrika Selatan - Seorang budak lelaki, Alex Mboweni yang berumur 12 tahun ditemui selamat selepas lapan hari terpisah daripada keluarganya dan hidup bersama haiwan liar di hutan Taman Negara Kruger di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia didapati hilang semasa mengikuti keluarganya melarikan diri daripada dikesan pasukan pengawal sempadan sewaktu menyusup masuk dari negara jiran, Mozambique.
Alex menceritakan pada hari ketiga, dirinya mulai lemah dan sehingga dia menemui sebatang sungai.
Bapanya pergi ke sebuah balai polis bagi melaporkan kehilangan anaknya di hutan menyebabkan satu operasi mencari dilakukan.
"Pada waktu malam, saya amat takut apabila mendengar haiwan liar membuat bising. Selepas lapan hari, saya amat lemah untuk pergi ke sungai," katanya.
Dia kemudian terdengar suara ibunya memanggil namanya di sebatang sungai.
Alex cuba mendekati arah bunyi itu dan mendapati ibunya yang berada di puncak sebuah bukit menjerit namanya.
Seorang jurucakap polis berkata: "Wanita itu memanggil nama Alex sebanyak lima kali dan pada kali keenam, budak itu muncul."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: