|
Antara kategori yang dicalonkan ialah Siri Komedi Luar Biasa (Outstanding Comedy Series), Pelakon Utama Luar Biasa dalam Siri Komedi (Outstanding Lead Actor in a Comedy Series – Jemaine Clement), Arahan Luar Biasa Siri Komedi (Outstanding Directing for a Comedy Series – James Bobin), dan Penulisan Luar Biasa Siri Komedi (Outstanding Writing for a Comedy Series – James Bobin, Jemaine Clement, Bret McKenzie). Dibintangi oleh pasangan komedi yang keempat paling popular di New Zealand, siri ini kembali dengan musim kedua dengan sepuluh episod, bermula Isnin 3 Ogos 2009 pukul 11.00 malam di HBO (Astro saluran 411). Siri ini memaparkan pengalaman yang dilalui oleh Jemaine dan Bret yang pindah dari New Zealand ke New York dan kini tinggal di bahagian Lower East Side bandar itu. Mereka menghabiskan separuh masa mencari tempat untuk mengadakan persembahan dan separuh lagi masa lagi berusaha memikat wanita. Dalam musim baru ini, Jemaine dan Bret mencuba pelbagai strategi aneh dalam usaha memulakan kehidupan dan kerjaya mereka termasuk mengambil langkah-langkah terdesak untuk membayar bil, memulakan satu geng, bahkan berpacaran dengan seorang yang berasal dari Australia yang lazimnya dilarang di New Zealand. Usaha-usaha mereka jarang berjaya, tetapi ia menghasilkan limpahan lagu-lagu yang menyentuh suka duka kehidupan, percintaan, dan menyuarakan harapan mereka untuk mengeluarkan satu video muzik. |
Wednesday, August 5, 2009
Komedi Flight of The Conchords kembali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siri komedi HBO, Flight of The Conchords menerima enam pencalonan Emmy dalam 61st Primetime Emmy Awards yang umumkan 16 Julai lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: