Saturday, August 8, 2009

Kawan kesal dengan penganjur 'Misi Royalti'


KERATAN Kosmo! semalam.


KOTA BHARU - Kelab Wartawan Kelantan (Kawan) melahirkan rasa kesal dengan penganjur 'Misi Royalti' yang gagal mengutamakan keselamatan petugas media yang membuat liputan misi itu Rabu lalu.

Setiausahanya, Zabidi Ishar berkata, ekspedisi meredah lautan sejauh lebih 150 kilometer dari Kota Bharu itu amat berisiko dan sepatutnya aspek keselamatan diberi perhatian serius oleh penganjur.

Menurutnya, kejadian beberapa orang ahli kelab yang tidak disediakan jaket keselamatan semasa menyertai ekspedisi itu meletakkan mereka dalam keadaan berbahaya jika kejadian tidak diingini berlaku.

"Pelantar Cakerawala terletak di kawasan pertindihan antara Malaysia, Thailand dan Vietnam, seharusnya perjalanan itu diawasi oleh pihak berkuasa, malangnya mereka tidak pun disertai oleh agensi terlibat khususnya semasa pulang," katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! semalam melaporkan sekumpulan petugas media yang menyertai 'Misi Royalti' anjuran kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakerawala yang terletak lebih 150 kilometer dari muara Pengkalan Kubor bertukar menjadi pengalaman mengerikan apabila terpaksa menyabung nyawa di lautan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: