Thursday, August 6, 2009

Jennifer Aniston ketawa baca dakwaan media




LOS ANGELES - Aktres seksi, Jennifer Aniston (gambar) mengaku bahawa dia kini mampu tertawa berhubung dakwaan media yang sering melabelnya sebagai individu yang malang dalam percintaan, lapor sebuah akhbar semalam.Pelakon yang mula terkenal menerusi siri sitkom Friends itu menjalin hubungan dengan beberapa teman lelaki sejak dia berpisah dengan suaminya, Brad Pitt pada 2006.Bagaimanapun, Aniston menyatakan dia gembira untuk menjadi seorang gadis yang kesunyian."Saya tidak akan menafikan isu itu (dakwaan media yang melabelkannya sebagai individu yang malang). Saya boleh menerimanya," katanya kepada majalah Elle.Aniston baru-baru ini turut dikaitkan dengan pelakon Gerard Butler yang ditemuinya ketika berlakon dalam filem The Bounty.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: