Thursday, August 6, 2009

Balu Goody berpesta seks?


GAMBAR menunjukkan Grierson (kiri), Lake (tengah) dan Townsend meninggalkan kediaman Tweed di Chelmsford pada Isnin lalu.



TWEED



GOODY


CHELMSFORD - Baru beberapa bulan selepas bintang siri realiti televisyen Big Brother iaitu Jade Goody meninggal dunia, suaminya Jack Tweed sudah berani mengadakan parti seks dengan tiga wanita sekali gus, lapor sebuah akhbar semalam.

Perangai liar Tweed bersekedudukan dengan tiga anggota kumpulan Dice iaitu Roxy Townsend, Sam Grierson, dan Biannca Lake terbongkar selepas empat bulan pemergian Goody akibat barah serviks.

"Malam semalam (Ahad lepas) amat menyeronokkan.. yum (seronok), sebelum parti, yum ketika parti dan yum, yum, yum selepas parti," kata Roxy dalam laman jaringan sosial Facebook.

Lelaki tersebut dan kumpulan Dice keluar berseronok di sebuah kelab malam di sini sebelum meneruskan aktiviti tidak bermoral mereka di kediamannya di sini, England.

"Ya, kami bermalam di rumahnya (Tweed), tetapi apa masalahnya," ujar Roxy ketika menjawab soalan pemberita.

Perangai lelaki itu jauh berbeza ketika dia mengahwini Goody semasa wanita itu terlantar di katil sebuah hospital dan menunggu ajalnya.

Ketika itu, Tweed kelihatan amat sedih dengan nasib yang menimpa Goody dan dia sedaya upaya tampil sebagai seorang suami yang amat menyanyangi isterinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: