Saturday, August 22, 2009

Jari bekas model dipotong


FIORE



JENKINS


LOS ANGELES – Tidak puas dengan membunuh, seorang bintang siri realiti televisyen, Ryan Jenkins dipercayai turut memotong semua jari dan mencabut gigi bekas isterinya, Jasmine Fiore, lapor sebuah akhbar semalam.

Jenkins yang merupakan peserta siri realiti Megan Wants a Millionaire dilaporkan bertindak kejam bagi menyukarkan polis mengenal pasti identiti mayat mangsa.

Lelaki berusia 32 tahun itu kini menghilangkan diri sejak mayat Fiore yang dimasukkan ke dalam sebuah bagasi ditemui berada dalam keadaan bogel dalam sebuah tong sampah di daerah County Orange, negeri California pada Sabtu lepas.

Polis Amerika Syarikat (AS) mengenakan dakwaan terhadap Jenkins walaupun tanpa kehadirannya di mahkamah.

Menurut polis, selepas penggambaran siri realiti itu berakhir pada Mac lepas, Jenkins bertemu Fiore yang merupakan bekas model Playboy ketika berkunjung ke sebuah kasino di Las Vegas dan mereka seterusnya berkahwin.

Bagaimanapun, perkahwinan itu dibatalkan beberapa minggu kemudian.

Pihak pendakwa raya berkata, pasangan itu menginap di sebuah hotel di bandar San Diego pada minggu lalu.

Jenkins meninggalkan hotel itu sebelum mayat Fiore, 22, ditemui pihak berkuasa.

Laporan awal bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat dicekik.

Setakat ini, polis percaya Jenkins yang turut memiliki lesen penerbangan memandu sejauh 1,600 kilometer ke negeri Washington sebelum menaiki bot untuk pergi ke sempadan Kanada.

“Walaupun kami percaya dia telah melintasi sempadan, kami masih belum 100 peratus yakin mengenainya. Kami akan memburunya,” kata seorang pegawai polis, Thomas Hession.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: