Saturday, August 22, 2009

Arab Saudi berpuasa hari ini

DUBAI – Umat Islam di Arab Saudi mula berpuasa pada hari ini bersama penganut agama itu di negara-negara Arab yang lain, lapor media rasmi semalam.

Majlis Agama di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyatakan, anak bulan tidak kelihatan pada Khamis lalu.

Penganut Islam di Algeria, Mesir, Iraq, Jordan, Palestin, Sudan, Syria dan Yemen turut mula berpuasa hari ini.

Bagaimanapun, Libya dan Lebanon memulakan puasa semalam berdasarkan kaedah hisab.

Pada kebiasaannya, umat Islam akan mengerjakan umrah di Mekah sepanjang Ramadan namun beberapa negara seperti Mesir, Iran dan Iraq menghalang rakyatnya berbuat demikian berikutan penularan wabak influenza A H1N1.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: