CIUDAD JUAREZ – Kegiatan penyeludupan dadah di Amerika Syarikat (AS) menjana pendapatan sebanyak ASS$63 bilion (RM222 bilion) setahun, kata Setiausaha Keselamatan Awam Mexico, Genaro Garcia Luna kelmarin.
Dalam satu forum keselamatan di sini, Luna menjelaskan, satu kilogram dadah yang berasal dari negara-negara Amerika Latin boleh mencapai harga sehingga 50 kali ganda di Eropah atau AS.
“Kos untuk menghasilkan satu kilogram dadah kokain di Colombia atau Mexico hanya AS$2,198 (RM7,741) tetapi ia dijual semula di AS atau Eropah dengan harga mencecah ASS$97,400 (RM343,043) untuk setiap kilogram dadah,” kata Luna.
Tambahnya, Mexico mengerah lebih 36,000 anggota tentera ke seluruh negara untuk menghapuskan keganasan kartel dadah.
“Tanpa pasaran maka tidak akan ada penyeludupan dadah atau keganasan. Pada 1998. penyalahgunaan dadah di Mexico hanya 0.3 peratus daripada 107 juta populasi tetapi ia meningkat kepada 0.4 peratus pada 2002 dan kini ia mencecah 0.8 peratus,” kata Luna.
Mexico pada minggu lalu membenarkan pemilikan sejumlah kecil dadah seperti heroin, ganja dan kokain bagi membantu memerangi jenayah terancang kartel dadah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: