RAWANG - Hajat empat sahabat dari sebuah kampung di Jawa Timur, Indonesia untuk menyamun sebuah rumah di Jinjang dekat sini tidak menjadi apabila rancangan mereka disedari penghuni rumah terbabit.
Kumpulan empat penjenayah yang menggelarkan mereka Geng Pak Ee itu kemudian terpaksa menukar strategi dengan mencuba nasib untuk mencari sasaran jenayah di Rawang.
|
|
Bagaimanapun, belum sempat empat sekawan itu memilih sasaran baru untuk menyamun, mereka telah ditembak mati berdekatan kilang simen di Jalan Bristol menghala ke Kuang di sini semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi, kesemua suspek yang berumur 22 hingga 36 tahun itu mati di tempat kejadian akibat terkena tembakan selepas mereka cuba menyerang polis menggunakan parang.
Menurut beliau, sebelum itu polis mendapat maklumat terdapat sebuah kereta Proton Waja dinaiki empat lelaki cuba menyamun sebuah rumah di Jinjang sebelum kumpulan itu berlegar-legar pula di Selayang dalam keadaan mencurigakan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: