Wednesday, August 12, 2009

Geng Agus guna tong gas tumpas


Chandrasehkaran (tengah) menunjukkan celorek yang dirampas dari Geng Agus di di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Geng Agus yang terkenal dengan tindakan agresif memecahkan pintu bilik rumah mangsa yang dipecah masuk menggunakan tong gas sebelum menyamun mereka tumpas dengan tertangkapnya lapan ahli kumpulan itu termasuk ketuanya pada 4 Ogos lalu.

Ekoran penahanan kesemua suspek termasuk tiga wanita yang berusia antara 19 hingga 30 tahun itu, polis percaya telah dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 16 kes pecah rumah mewah di sekitar Bukit Jelutong dan Subang Jaya dekat sini sejak Januari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran berkata, ahli kumpulan itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah di tingkat 4, Flat Valencia, Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini pada pukul 1 pagi.

"Semasa itu rumah tersebut mempunyai lapan penghuni termasuk sepasang suami isteri.

"Sebaik rumah diserbu lesemua suspek bertempiaran lari dengan ada di antara mereka memanjat bumbung," kata beliau di sini semalam.

Menurutnya, polis mengambil masa kira-kira sejam untuk menahan kelapan-lapan suspek itu kerana mereka bersembunyi di merata-rata tempat di bangunan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: