![]() |
| SHEILA MAJID (kiri) bersama kanak-kanak Nespray menanam pokok di Taman Mini Nespray di pasar raya Tesco Ampang. |
BERMAIN ialah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak. Namun, masih ada segelintir ibu bapa yang bimbang untuk membenarkan anak-anak bermain di luar kawasan rumah. Misalnya, di taman atau di luar pintu pagar rumah.
Takut sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada si kecil, menambahkan lagi kegusaran di hati mereka. Apatah lagi tiada sebarang pengawasan atau pemantauan oleh pihak berwajib.
Justeru, menyedari masalah ini, syarikat pengeluar makanan, pemakanan berkhasiat dan penjagaan diri, Nespray sekali lagi mengambil inisiatif melancarkan program Terokalah Manjaku.
Interaksi
Objektif utama program tersebut ialah menekankan kepentingan kanak-kanak bermain di luar kawasan rumah.
"Ramai kanak-kanak hari ini membesar dengan hanya duduk di depan kaca televisyen atau bermain komputer. Sebagai individu bertanggungjawab, kita perlu menggalakkan anak-anak bermain di taman bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain.
"Melalui aktiviti ini, mereka boleh membesar dan menjadi seorang dewasa yang seimbang dari pelbagai sudut kehidupan," jelas Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestle Milks, Ho Hau Chieh.
Di samping itu, pada pelancaran program Terokalah Manjaku yang bertempat di pasar raya hiper, Tesco Ampang baru-baru ini, penyanyi terkenal, Datuk Shiela Majid turut meraikan majlis tersebut bersama anaknya, Khalefa Laila Murshim, 2.
Menurut Shiela, kanak-kanak seharusnya dibenarkan meneroka kawasan di luar rumah, terutama di taman. Ini bagi membolehkan mereka membina daya deria dengan lebih baik.
"Saya percaya, dengan membenarkan anak-anak bermain di luar, ia akan memperkuatkan lagi daya ketahanan badan tanpa mengabaikan keselamatan diri mereka.
"Kanak-kanak belajar dengan lebih baik apabila mereka cuba melakukannya sendiri. Biarkan mereka bermain, meneroka, berlari, menyentuh dan merasa. Biarkan mereka jatuh dan belajar untuk bangun semula.
"Ibu bapa tidak perlu bimbang sekiranya anak-anak mereka terdedah dengan unsur-unsur luaran. Kanak-kanak perlu diberi peluang menerusi aktiviti luaran yang sihat," jelas Shiela.
Majlis tersebut juga telah menyaksikan acara kemuncak faedah kebaikan susu Nespray, Active Protection Nespray® 1+ dengan Lactobacillus Protectus.
Sistem daya tahan
Lactobacillus Protectus berfungsi membantu memperkuatkan sistem daya ketahanan kanak-kanak terhadap bakteria yang tidak baik.
Celah Ho, Nespray® menawarkan Active Protection supaya para ibu boleh membiarkan si manja meneroka kawasan luar rumah tanpa sebarang rasa bimbang akibat terdedah kepada kekotoran atau jangkitan kuman.
Pusat Penyelidikan NestlĂ© (NRC) telah memperkenalkan ramuan baru dalam Nespray® 1+ Growing Up Milk (GUM) seperti Lactobacillus Protectus bagi memastikan kanak-kanak Nespray® mendapat perlindungan yang mereka perlukan.
Sebagai tambahan kepada tawaran pemakanan berkhasiat seperti DHA, ARA & SA dan 15 vitamin dan mineral, Nespray® juga menyediakan peluang kepada mereka untuk menjadi kuat dengan Prebio1, sejenis prebiotik yang membantu penyerapan nutrien dan zat dalam tubuh.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: