Shazlin (kiri) dan Radhi. |
HARI Jumaat baru-baru ini sedang bersenang- lenang di depan televisyen, Cik Normah terbuka program Galaksi di TV9. Sebelum program itu berakhir mereka ada paparkan perbalahan antara Radhi OAG dengan isterinya Shazlin. Antara isi kandungan perbalahan itu adalah mengenai cerita isteri Radhi yang tidur dengan lelaki lain.
Cik Normah kurang bersetuju dengan cara TV9 memaparkan pergaduhan pasangan itu. Kalau tak silap Cik Normah, program Melodi juga ada paparkan pergaduhan Radhi dan isterinya di luar mahkamah. Waktu itu Cik Normah tak sempat nak menontonnya, maklumlah hujung minggu walaupun tak bekerja, jadual Cik Normah tetap penuh.
Cik Normah bukan apa cuma tak suka dengan cara TV9 dan TV3 yang merakamkan masalah rumah tangga orang kemudian disiarkan di televisyen untuk tontonan jutaan orang. Memanglah cerita isteri Radhi mengaku tidur dengan lelaki itu sudah pun keluar di akhbar, tetapi di akhbar hanyalah tulisan semata-mata. Tidak ada visual, jadi orang yang membacanya hanya dapat bayangkan saja apa yang berlaku. Tetapi yang ini ada visual, siap tunjuk Radhi bertanya kepada isterinya betul ke dia ada tidur dengan lelaki lain.
Dia pun ada maruah juga, nanti mana ibu bapa dan adik beradiknya nak letakkan muka mereka? Cik Normah memang simpati sangat melihat Shazlin menangis ketika itu. Kalau Cik Normah jadi seperti Shazlin, Cik Normah akan halau semua jurukamera yang merakamkan gambar Cik Normah tu.
Cik Normah harap selepas ini Galaksi dan Melodi ataupun mana-mana program televisyen supaya sensitif sikit. Cuba bayangkan kalau benda itu terkena batang hidung mereka, macam mana rasanya? Lagi pula ini kisah yang memang cukup mengaibkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: