Wednesday, August 5, 2009

Dengarnya... Kejutan Catriona buat suami tersayang



CAT bersama suami pada hari perkahwinan mereka Jun lalu.

CIK Normah seronok melihat kebahagiaan pasangan pengantin baru Catriona Ross dengan suaminya Shaharuddin Mokhtaruddin. Rumah tangga mereka bertambah bahagia apabila Cat bunting pelamin. Sebenarnya Cik Normah bukan nak bercerita fasal Cat yang dah mengandung tetapi mengenai betapa beruntungnya Shaharuddin dikurniakan isteri yang romantis seperti Cat ini.

Kata kawan Cik Normah, si Sakura Sepi tu, suami Cat bukan main seronok bercerita kepada teman-temannya bagaimana isterinya membuat kejutan untuk memberitahu yang dia sudah mengandung. Wajah Shaharuddin ketika bercerita kepada rakannya cukup berseri-seri.

Bayangkan baru balik dari kerja tiba-tiba si isteri mengeluarkan kotak dan memintanya membuka kotak berkenaan. Apabila dibuka sepasang stoking comel berada dalam kotak itu lalu terkejut beruk dan terpinga-pinga Shaharuddin dibuatnya apabila melihat stoking bayi berkenaan. Dia pun tak sabar-sabar bertanya apa tujuan Cat, lalu isterinya yang tersayang itu pun memberitahu yang dia sudah hamil.

Wah makin sayanglah Shaharuddin kepada Cat dengan kejutan sedemikian. Mungkin darah orang putih yang mengalir dalam diri Cat itu yang membuatkan dia menjadi begitu romantis sekali. Sebelum ini Cik Normah tak pernah dengar kawan-kawan Cik Normah buat begitu kepada suami mereka.

Nanti bolehlah Cik Normah tiru idea Cat sekiranya satu hari nanti Cik Normah dikurniakan cahaya mata. Maklumlah Cik Normah dah lama berkahwin, tapi sampai sekarang masih belum lagi ada rezeki nak menimang anak. Tengoklah ada rezeki, Cik Normah nak buat kejutan untuk suami Cik Normah seperti yang Cat lakukan. Tetapi Cik Normah mungkin akan letak benda lain macam baju ke, botol susu atau apa sajalah.

Oklah buat Cat dan Shaharuddin, Cik Normah doakan semoga perkahwinan mereka akan kekal ke akhir hayat dan semoga bayi yang bakal dilahirkan nanti comel seperti ibu bapanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: