Tuesday, August 4, 2009

Dengarnya... Hafiz ganti Farhan untuk lagu tema Sehati Berdansa



Hafiz

BELUM pun surut dengan kisah penerbitan Anak Wayang yang baru saja berakhir minggu lalu, Cik Normah dapat tahu sekarang stesen berbayar Astro sudah mula sibuk untuk menerbitkan program Sehati Berdansa musim ketiga. Cik Normah malas nak sentuh mengenai program Anak Wayang yang Cik Normah andaikan seperti melepaskan batok di tangga saja.

Berbalik kepada kisah Sehati Berdansa, selepas dua musim berlalu menobatkan Vanidah Imran dan Lisdawati bersama pasangan masing-masing, Cik Normah tertunggu-tunggu siapa pula peserta suami isteri di kalangan selebriti yang akan masuk tahun ini.

Kalau ada yang masih ingat selama dua tahun bersiaran lagu tema program tarian itu dinyanyikan Farhan. Terbaru, Cik Normah dengar untuk tahun ini, juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz pula yang diberi tanggungjawab untuk menyanyikan lagu tema.

Cik Normah tak pasti sama ada lagu yang sedia ada atau yang baru bakal dinyanyikan Hafiz. Nampaknya ini boleh dikatakan strategi Astro Entertainment Sdn Bhd untuk memastikan nama Hafiz tidak tenggelam begitu saja selepas muncul dengan album sulung, baru-baru ini.

Sebut program Sehati Berdansa pasti kita akan ingat dengan pasangan pengacara yang diberi mandat menghidupkan program itu iaitu Linda Onn dan Fahrin Ahmad. Musim pertama bekas pasangan teman tapi mesra itu asyik dibuai cinta. Tetapi untuk musim kedua, memang panas jadinya apabila hubungan mereka berantakan hingga kecoh jadinya penerbitan musim kedua.

Cik Normah kurang pasti apakah Linda dan Fahrin akan dikekalkan lagi pada musim ini. Kita tunggu sajalah. Astro pun bijak kerana kontroversi yang melanda mereka setidak-tidaknya menjadi resipi menghangatkan program itu pada tahun lalu.

Agaknya apa pula kontroversi tahun ini? Cik Normah tertunggu-tunggu juga kalau cikgu tarian, Linda Jasmine dan suaminya, Que Haidar akan masuk pertandingan ini. Barangkali tak sempat kot untuk tahun ini kerana Linda Jasmine masih sarat mengandung. Mesti menarik kalau Linda Jasmine masuk. Silap hari bulan jadi juara terus.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: