Sunday, August 9, 2009

Dayang nak cari duit dulu




TANPA sebarang keraguan, Dayang adalah bintang dalam kelas tersendiri. Penyanyi versatil dari Bumi Kenyalang ini sememangnya seorang bintang yang tiada tandingan dari segi stail dan keunikan vokalnya.

Walaupun pelbagai kejayaan telah dikecapinya, namun bagi Dayang Nurfaizah ia bukan petanda untuk memperlahankan langkah.

"Saya sukakan cabaran. Saya tak pernah rasa puas dengan apa yang telah saya kecapi.

"Saya rasa semua orang pun begitu. Saya sentiasa ingin tampil dengan benda baru untuk peminat," ungkap Dayang kini sedang sibuk dengan Global One Music, sebuah projek antarabangsa yang disertai penyanyi-penyanyi dari 20 buah negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Mereka akan merakamkan lima buah lagu dalam bahasa tempatan. Dayang ialah antara 35 artis Malaysia yang terpilih menyertai projek tersebut.

"Setakat ini saya merupakan artis yang paling banyak merakamkan lagu berbanding 35 artis Malaysia yang lain.

"Global One Music juga merupakan projek terbesar saya sepanjang tahun ini selain fokus pada album terbaru.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: