Sunday, August 9, 2009

Cuba nasib menyanyi - Ainul


Ainul


Assalamualaikum.

Hai Kak Ainul. Saya ni peminat setia Kak Ainul. Saya minat Kak Ainul dan ada beberapa soalan nak ditujukan kepada Kak Ainul.

1. Apa perancangan Kak Ainul setakat ini?

2. Tarikh lahir Kak Ainul bila?

3. Macam mana nak berhubung secara terus dengan Kak Ainul? Boleh berikan alamat e-mel tak?

n Ainul Syahirah,

Skudai, Johor Bahru.

AINUL

1. Perancangan Kak Ainul setakat ini nak tumpukan pada bidang lakonan sepenuhnya sebab masih belum puas berlakon dan mahu meneroka dunia lakonan. Dan insya-Allah, ada perancangan baru iaitu ingin mencuba nasib dalam bidang nyanyian kerana yakin dengan bakat Kak Ainul. Kak Ainul juga tengah berjinak-jinak dalam membuat lagu sendiri dan penulisan lirik.

2. 16 April 1985

3. Adik boleh e-mel kepada ainul.aishah@gmail.com atau layari www.facebook.com search nama Ainul Aishah dan juga www.myspace.com/ainulaishah

Tumpukan pada keluarga

Assalamualaikum Ainul. Saya merupakan salah seorang daripada peminat anda dah berharap anda sentiasa sihat dan terus berjaya.

1. Apa perkembangan terbaru anda? Ada berlakon filem atau drama buat masa ini?

2. Apa yang akan anda lakukan pada waktu terluang?

3. 10 tahun akan datang, rasa-rasanya di manakah anda akan berada dan adakah pada waktu itu anda sudah menyepikan diri? Terima kasih.

n Harniza,

Negeri Sembilan.

AINUL

1. Sekarang ini Ainul baru sahaja habis shooting untuk drama siri Kecuali Cintamu untuk saluran Astro Prima. Sekarang tengah shooting drama siri Cinta Balqis untuk slot Akasia TV3 yang bakal menyusul nanti. Jangan lupa tengok ok? Dan ada satu telemovie menanti tayangan bulan September ini di Astro Ria bertajuk Joey & Zoey. Insya-allah, selepas raya akan terlibat dalam drama siri terbaru.

2. Kalau ada masa lapang Ainul suka online, tengok wayang dan lepak minum dengan kawan-kawan. Kalau tak pun selalunya Ainul akan duduk di rumah bersama dengan famili atau mengurung diri mencipta lagu.

3. Rasanya dalam jangka masa itu Ainul sudah ada keluarga sendiri dan mempunyai seorang suami yang baik dan anak- anak yang comel. Menyepikan diri? Mungkin tidak. Tapi mungkin akan kurangkan aktiviti seni dan lebih fokus pada famili.

Belum temui cinta baru

Assalamualaikum,

Saya harap Ainul dapat menjawab soalan yang saya kemukakan dan sentiasa gembira selalu.

1. Siapakah idola anda?

2. Apakah cita-cita Ainul sebenarnya? Adakah pilihan menjadi anak seni ini benar-benar menggembirakan anda?

3. Siapakah rakan artis yang paling rapat dengan Ainul dan adakah benar Ainul telah menemui cinta baru?

n Kak Kelly Blik-Blik,

Setapak, Kuala Lumpur.

AINUL

1. Idola saya ialah Natalie Portman.

2. teringin menjadi seorang penulis majalah atau pun buka bisnes kedai hiasan dalaman. Menjadi anak seni juga salah satu impian Ainul sejak dulu lagi.

2. Rakan artis yang paling rapat dengan Ainul sudah semestinya Liyana Jasmay. Kami sering bergosip, berkongsi masalah dan menyokong satu sama lain. Dia kawan yang baik sama-sama bersusah dan senang. Cinta baru? Belum ada lagilah.

Tak kisah tak popular

Hai Ainul, apa khabar? Saya mengharapkan Ainul sentiasa bekerja keras dan maju dalam apa juga lapangan kerjaya yang anda pilih. Saya ada beberapa soalan untuk anda.

1. Setahu saya anda boleh menyanyi. Tak ada rancangan untuk menerbitkan single atau album dalam masa terdekat?

2. Nama Ainul tidaklah popular berbanding dengan artis lain. Apa rancangan anda untuk bertahan menjadi anak seni yang berjaya pada masa akan datang.

3. Hari Raya dah dekat. Boleh bagi alamat rumah atau pejabat. Nanti saya nak hantar kad raya pada anda.

n Raja Khairul Anuar,

Klebang Ria, Ipoh, Perak.

AINUL

1. Perancangan itu memang ada. Saya memang ada minat yang mendalam dalam bidang nyanyian sama seperti bidang lakonan. Rasanya saya akan mula terbitkan single terlebih dahulu secepat mungkin. Kalau ada rezeki rasanya selewat-lewatnya tahun depan baru nak terbitkan single tersebut.

2. Saya kena terima dan dalam masa yang sama sedang belajar menerima apa sahaja kritikan dalam bidang ini. Lagi orang kritik, lagi Ainul akan buktikan yang Ainul juga boleh berjaya dan bertahan dalam bidang ini.

3. Boleh saja. Hantar kepada syarikat Aquila Emas Sdn. Bhd.(679007-P), 22-1, Jalan Desa Aman 11, Taman Desa Aman, 56100 Kuala Lumpur.

Pernah ditindas

Assalamualaikum Ainul. Hai, apa khabar? Harap Ainul terus berada dalam limpah kurnia dan rahmat Allah selalu. Saya ada beberapa soalan dan harap anda sudi menjawabnya.

1. Sepanjang bergelar anak seni, apa cabaran yang paling besar yang pernah anda tempuhi?

2. Kalau diberikan pilihan, watak apa yang anda impikan dan siapa hero pilihan anda?

3. Macam mana anda boleh terlibat dalam bidang seni dan apakah drama atau filem pertama anda

n Syukri Zakaria, Bera, Pahang.

AINUL

1. Cabaran yang paling besar? Ainul pernah ditindas orang dan orang yang memperlekehkan bakat kita.

2. Macam-macam watak yang Ainul impikan. Tapi paling teringin nak bawakan watak seorang puteri yang menunggu putera idaman, gadis lurus bendul macam Ugly Betty ataupun seorang gadis yang hidup dengan bermain muzik dan seorang yang kental dan lasak.

3. Semuanya kebetulan. Ainul bertemu dengan Razak Mohaideen secara tidak langsung semasa sedang makan dengan famili dan mereka menjemput Ainul untak uji bakat filem mereka. Dari situlah bermula kerjaya seni Ainul.

Sedia berumah tangga

Hai Ainul. Semoga anda sihat dan berjaya dalam bidang lakonan. Saya mengharapkan anda memberikan yang terbaik kepada bidang yang anda ceburi.

1. Gosip dan artis memang tidak dapat dipisahkan. Apa yang Ainul lakukan apabila dilanda gosip negatif yang boleh merosakkan perjalanan seni anda.

2. Kisah cinta anda bersama dengan pemain muzik sebuah kumpulan dulu heboh diperkatakan. Ainul dikatakan dipukul dan adakah benar kisah tersebut?

3. Apa ciri-ciri lelaki pilihan anda dan bila rasanya Ainul mahu mendirikan rumah tangga?

n Hazlina Zambri,

Bachok, Kelantan.

AINUL

1. Bertenang sahaja dahulu. Kemudian barulah fikir apa sebenarnya yang berlaku sehingga wujudnya kontroversi tersebut. Alhamdulillah syukur Ainul tak pernah lagi dilanda gosip negatif yang teruk. Kalau nak komen lebih-lebih susah juga ye...

2. Tidak benar.

3. Ciri-ciri lelaki idaman sudah semesti seorang yang baik dari segala segi, beriman kerana penting untuk didik anak-anak dan isteri nanti. Selain itu Ainul juga mahu lelaki tersebut tidak terlalu sosial, tidak suka yang menipu dan selalu jujur. Yang paling penting Ainul mahu yang simple dan tak banyak hal macam ayah Ainul. Hehehe. Ainul juga tak suka lelaki kaki pukul. Berumah tangga? Ok, kalau ikutkan naluri memang dah ready tapi calonnya tak ada. Macam mana tu?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: