COURTENEY Cox mengatakan dia gembira menjadi seorang wanita tua berjiwa muda dan bersuamikan suami yang 8 tahun lebih muda daripada usianya.
Menurut Courteney, bersama dengan seorang suami (David Arquette) yang lebih muda bukan sahaja sesuatu yang hebat tetapi perbezaan umur itu telah mengeratkan hubungan mereka.
"David lebih muda dari saya. Tetapi saya memang suka begini. Saya tidak kisah jadi 'cougar' kalau itulah perkataan yang dimaksudkan dengan seorang perempuan yang suka dengan pasangan yang lebih muda," katanya.
Courteney mengaku bahawa ketika mencapai usia 40 tahun semua perkara menjadi agak berbeza baginya.
"Apabila mencapai 40 tahun, banyak yang perlu difikarkan dan kehidupan agak sedikit menyukarkan," kata pelakon yang terkenal dalam siri drama 'Friends' itu lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: