Wednesday, August 5, 2009

Bintang Klasik martabatkan budaya tanah air

Pertandingan Bintang Klasik Nasional berjaya memartabatkan budaya tanah air dengan penglibatan secara total rakyat Malaysia,kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata pertandingan yang diadakan sejak tiga tahun lepas itu bukan hanya mewujudkan generasi muda yang menyambung nilai seni negara malah menyatukan masyarakat di seluruh negara.

“Pertandingan tahun ini menyaksikan mutu seni semakin meningkat dan sambutan orang ramai juga semakin bertambah,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad lalu.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan menyaksikan pertandingan akhir berkenaan.

Justeru itu, Rais berkata program itu akan dipertingkatkan pada tahun depan terutama dari segi ganjaran kepada pemenang selain mutu pengadilan.

Pada pertandingan itu, Azizul Haqim Md Anuwar dari Kluang Johor menjadi johan bagi kategori lelaki dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan sijil sementara naib johan dimenangi Sumarli Lolui dari Sabah.

Juara bagi kategori wanita dimenangi Norzarina Mohd Nordin dari Kuala Lumpur sementara naib johan dimenangi Rosmawati Mat Dali dari Melaka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: