KUALA LUMPUR - Selepas tiga peruntukan undang-undang mencegah pengiklan haram gagal, pihak berkuasa kini memperhebatkan strategi baru mereka iaitu menyenaraikan nombor-nombor yang ditampal di merata-rata tempat untuk tujuan dibatalkan.
Senarai nombor itu yang kebanyakannya milik ceti haram diperoleh daripada tiang lampu, pondok telefon, pokok teduhan, dinding bangunan hinggalah tempat menunggu bas.
Jurucakap Unit Komunikasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjelaskan, tindakan pembatalan tersebut dilakukan selepas Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400), Undang-undang Kecil Iklan dan Undang-undang Kecil Vandalisme gagal membendung gejala pengiklan haram tersebut sehingga mencemar persekitaran.
"Sejak operasi bermula bulan Mei sehingga Julai, sebanyak 1,705 nombor telefon pada iklan haram telah dikumpul oleh PBT (pihak berkuasa tempatan) dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi dibatalkan,'' jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: