Monday, August 10, 2009

Ashlee- Pete Wentz mahu anak mereka jadi 'warganegara dunia'

Ashlee Simpson (kiri) dan suaminya, Pete Wentz, tiba di Parti Pelancaran T-Mobile Sidekick LX Launch Party di Los Angeles pada 14 Mei 2009.

ASHLEE Simpson dan Pete Wentz merancang untuk mendidik anak mereka mengenali perbezaan budaya yang akan menjadikan mereka 'warganegara dunia'.

Bintang rock ini mahu anak mereka yang lahir pada November tahun lalu, sedar akan kehidupan luar Amerika semasa dalam prosesnya membesar.

Ahli kumpulan 'Fall Out Boy' ini juga turut meminta nasihat dari ahli keluarganya dalam blognya, lapor satu sumber.

"Kami ingin membesarkan anak kami sebagai seorang warganegara dunia, bukan hanya warganegara LA atau Amerika... Kami ingin anak kami merasa simpati dengan penduduk-penduduk di Congo, Mexico, Kansas, Uganda, Brazil, China, Burma dan juga terhadap jiran-jirannya.

"Sesiapa ada cadangan yang baik bagaimana untuk perkara ini? Sesiapa pernah mengalami perkara ini? Ada buku yang baik atau aktiviti yang dapat membantu?," seperti yang ditulis oleh Pete.

Pasangan ini berkahwin pada 17 Mei, 2008.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: