![]() |
| GAMBAR fail menunjukkan wajah Noriko. |
TOKYO - Pelakon terkenal Jepun, Noriko Sakai ditangkap atas dakwaan dadah, kata pihak polis semalam.
Noriko ditahan selepas dia menyerah diri kepada pihak polis.
Dia berbuat demikian setelah pihak media membuat spekulasi mengenai gaya hidupnya dan tempat yang biasa dilawatinya.
Selebriti berusia 38 tahun itu dipercayai menghilangkan diri selepas suaminya ditahan polis Isnin lalu kerana mengedar dan memiliki dadah.
Spekulasi berhubung tindakan dan lokasi tempat dia bersembunyi menjadi tajuk utama beberapa media selama beberapa hari di Jepun.
Noriko muncul kali pertama dalam video muzik ketika berumur 15 tahun pada 1986.
Bagaimanapun, dia menjadi terkenal kerana kerjaya lakonan dan drama televisyen serta nyanyian pada 1990-an.
Noriko terkenal di China, Hong Kong dan Taiwan selain negara-negara Asia lain.
Dia mempunyai banyak perjanjian pengiklanan termasuk dengan syarikat gergasi kereta iaitu Toyota apabila skandal itu terbongkar.
Stesen televisyen NHK melaporkan semalam bahawa syarikat Toyota dan lain-lain pengiklan menarik balik iklan komersial dan membatalkan kontrak dengannya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: