Thursday, August 27, 2009

40,000 baling buah tomato


BEBERAPA orang membaling buah tomato di Bunol.


BUNOL, Sepanyol - Sejumlah orang saling membaling buah tomato dalam Festival Tomatina di sini semalam.

Kira-kira 40,000 orang yang datang dari kebanyakan negara seperti Jepun dan Australia saling membaling buah tomato dalam festival tahunan itu.

Balingan yang berlangsung selama sejam itu menyebabkan bandar Bunol yang terletak di timur Sepanyol dipenuhi dengan warna merah.

Festival yang bermula pada 1940-an itu diadakan bagi memperingati kejadian pergaduhan makanan yang berlaku antara kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: