
dilancarkan di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Maxis Communications Bhd. menjangkakan jumlah pengguna Internet mudah alih di negara ini akan meningkat ekoran pelancaran Apple iPhone 3G semalam.
Ketua Pegawai Pemasarannya, Matthew Willsher berkata, peningkatan itu dipengaruhi oleh kelebihan dan keistimewaan yang ada pada telefon itu.
Katanya, pada masa ini, daripada kira-kira 11 juta pelanggan Maxis, 4.4 juta daripadanya melayari Internet mudah alih.
"Dengan pelancaran iPhone di Malaysia, saya yakin ia akan memperkuatkan lagi saingan Maxis,'' katanya pada pelancaran telefon itu yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang
Mengenai sambutan terhadap telefon pintar itu, beliau berkata, ribuan pelanggan telah menempahnya sejak sembilan hari lalu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Maxis menawarkan pelbagai pelan tarif baru dari RM100 sebulan bagi pelanggan iPhone.
Telefon 3G yang menggabungkan tiga produk dalam satu iaitu telefon, iPod skrin luas dan peranti Internet. Ia disokong oleh rangkaian 3G, GPS dan Microsoft Exchange.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: