![]() |
| |
KUALA LUMPUR - "Saya akan seret mereka ke muka pengadilan!''
Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang marah kerana dikatakan menjadi punca perceraian pemain badminton, Roslin Hashim dengan Faizah Mohamad tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.
Katanya, dakwaan mengaitkannya dengan Roslin, 34, sehingga mengakibatkan perceraian dengan suaminya Jailani Sidek, 46, dianggapnya sudah keterlaluan.
"Kita akan cari sampai dapat mereka yang terlibat," katanya ketika dihubungi semalam.
Kosmo! semalam melaporkan Raja Azmi menafikan Roslin ialah kekasihnya dan beliau menyangkal dakwaan sudah bercerai sejak lima bulan lalu dengan suaminya.
Dakwaan tersebut dibuat dalam satu laman web interaktif. Satu laporan polis telah dibuat oleh Raja Azmi, Jailani dan Roslin bagi membersihkan nama masing-masing daripada tuduhan tersebut.
Raja Azmi berkata, ekoran penyebaran fitnah melalui laman web itu, syarikat yang menaja filem terbarunya, Anu Dalam Botol, terpaksa berfikir dua kali bagi meneruskan penajaan.
Sehubungan itu, beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melemparkan fitnah tersebut.
Sementara itu, polis mengklasifikasikan kes Raja Azmi yang dikatakan punca perceraian rumah tangga Roslin dengan Faizah sebagai fitnah.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: