
PERTUKARAN anggota bukan sesuatu yang baru buat kumpulan yang mengusung genre muzik R & B, soul dan hip hop ini.
Kumpulan The Fabulous Cats yang pernah muncul dengan dua album Fantastik dan Hyperkosmik bagai sudah serasi dengan situasi keluar masuk anggota baru.
Tidak sedikitpun mengganggu konsentrasi mereka terhadap muzik yang diperjuangkan sebaliknya, pertambahan seorang anggota wanita asal Indonesia bernama Wangi Julianda sudah diatur dengan tertib.

Pengunduran DJ Sumo yang sebenarnya mahu memberikan tumpuan terhadap bidang masakan telah memaksa Cat Farish yang juga ketua kumpulan ini untuk mengadakan sesi uji bakat secara tertutup sehingga ke Indonesia.
Kemasukan Wangi bukan hanya kerana agenda besar mereka mahu membolosi pasaran negara seberang itu, tetapi juga kerana keserasian vokal dan ideologinya bersama semua rakan sekumpulan.
Malah dengan kemasukan Wangi, segala kekeruhan yang pernah melanda kumpulan ini dijangka bakal dibersihkan semula.
"Wangi dipilih kerana banyak faktor, bukan kerana Malaysia sudah tidak ada penyanyi yang bagus tetapi semasa sesi uji bakat dijalankan di Malaysia dan ![]() |
| CAT FARISH mempunyai sebab kenapa warga Indonesia dipilih menjadi anggota terbaru The Fabulous Cats. |
Singapura tidak ada satu orang menepati kriteria yang dikehendaki.
"Jadi, apabila kami terbang ke seberang atas urusan meninjau pasaran, kami telah bertemu dengan Wangi dan dapat rasakan keserasian terutama vokalnya," jelas Cat.
Tambah Cat lagi, kemasukan Wangi telah menjadikan kumpulannya lebih menarik, kerana dianggotai oleh ahli dari tiga negara iaitu Cat dan Farhana (Malaysia), Adeep (Singapura) dan Wangi (Indonesia).
Kini dengan dua anggota lelaki dan dua anggota wanita, kumpulan ini saling melengkapi untuk mereka meneruskan misi menakluk pasaran tempatan dan juga pasaran seberang.
Antara single yang akan dipertaruhkan di Indonesia ialah Bawaku Terbang, Papa Jahat dan Rimas yang ditukar judul kepada Lemas.
"Kira ini sudah lengkap, lagu-lagu yang pernah kami nyanyikan sebelum ini turut dirombak terutama bahagian liriknya untuk disesuaikan dengan pasaran seberang.
"Ini kerana ada perkataan yang ditulis dalam lirik kami lain ertinya di sana, oleh itu ada sedikit perubahan untuk single yang akan dihantar ke sana," jelas Cat yang akan ke Jakarta pada 9 Mac ini untuk mempromosikan single mereka di sana.
![]() |
| ADEEP berharap keahlian The Fabulous Cats akan berkekalan. |
Bercakap mengenai kekerapan pertukaran anggota, Farhana memberitahu, mereka semua sudah terbiasa dengan situasi tersebut dan tidak menganggap ia satu masalah besar.
"Memanglah daripada pandangan ramai macam kami banyak sangat masalahnya sebab selalu sangat tukar ahli. Orang tidak tahu penukaran ahli kami bukannya sebab bergaduh atau berselisih faham tetapi semuanya kerana terpaksa.
"Kami kalau boleh lagi nak kekalkan ahli yang sama sepanjang perjuangan kami tetapi bila keadaan memaksa mereka mengundurkan diri, kami reda dan dengan segera mencari pengganti," ulas Farhana lagi.
![]() |
| FARHANA tidak melihat pertukaran ahli dalam The Fabulous Cats sebagai suatu masalah besar. |
Adeep yang duduk di sebelah Farhana turut bersetuju dengan apa diperkatakan rakannya itu dan berkata ia hanya satu proses yang harus dilalui untuk menjadi lebih kukuh dan kuat.
"Bagi saya memanglah ia satu masalah, tetapi setiap masalah ada penyelesaiannya. Kami bukannya bermasalah, hubungan kami dengan bekas ahli kumpulan masih baik. Malah DJ Sumo hanya berehat untuk seketika, tengoklah kalau dia nak aktif balik kami okey saja.
"Saya harap orang nilai kami kerama muzik yang dibawa bukannya hal-hal seperti ini. Harap-harap barisan ahli kali ini akan berkekalan," kata Adeep.
Tuah Gadis Bandung
Gadis tinggi lampai kelahiran Bandung ini sering melemparkan senyuman manis saat disoal tentang kemasukannya ke dalam kumpulan hip hop ini.
"Saya senang saja, lagi pula muziknya kena dengan jiwa saya sendiri. Kiranya bertuah terpilih, saya juga sudah mula menganggap Malaysia sebagai rumah kedua kerana kekerapan berada di sini.
"Jika tiada persembahan, baru pulang dan sambung kuliah di universiti, kalau tidak kebanyakan waktu saya akan habiskan waktu di Malaysia saja," tuturnya.
Menurut gadis yang berusia 19 tahun ini, muzik sudah menjadi darah dagingnya kerana sebelum bersama The Fabulous Cats, dia terlebih dahulu menganggotai sebuah kumpulan muzik di Bandung.
"Muzik sesuatu yang mendamaikan, bila dapat peluang begini, tidak harus dilepaskan. Walaupun terdapat beberapa masalah seperti bahasa itu tidak apa, boleh dipelajari secara perlahan-lahan.
![]() |
| WANGI kini menjadikan Malaysia sebagai rumah keduanya. |
![]() |
| |
"Lagipun bahasa Indonesia dan juga Malaysia lebih kurang sama saja, jadi untuk lirik lagu yang akan dijadikan single di Indonesia ada menggunakan khidmat saya. Rasanya berbaloi kerana saya bukan saja menyanyi tetapi menyumbang sedikit keringat idea," ujar pelajar jurusan pengurusan ini lagi.
Apa yang diharapkan dengan kemasukan Wangi, kumpulan ini tidak lagi berhadapan dengan gerhana.
Alangkah baiknya, kalau kumpulan yang cukup berbakat ini terus berkekalan dan fokus khalayak hanya pada kualiti muzik mereka bukannya hal remeh yang hanya mengisi mereka di laman gosip.
Ini kerana pada akhirnya kita tidak mahu orang memandang The Fabulous Cats hanya sebagai satu kumpulan picisan yang menjadikan kontroversi buruk sebagai dahan untuk berpaut dalam industri seni.





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: