Friday, March 6, 2009

Stacy selesa tanpa komitmen

Dari rancangan realiti akhirnya, gadis ini terus serius ke pentas hiburan. Gelaran juara yang dipegangnya tidak dibiarkan begitu sahaja sebaliknya populariti Stacy kini semakin hari semakin meningkat. Kini namanya sudah hampir sebaris dengan penyanyi popular yang lain.

Walaupun telah dikenali ramai, Stacy tetap seperti dahulu, seorang gadis yang peramah dan mudah untuk berbicara. Sikapnya tidak pernah berubah malah personalitinya semakin hari semakin menyerlah biarpun loghat Sabahnya masih kuat.

Bagi Stacy, kejayaan dalam bidang nyayian menjadi keutamaannya dan kerana itulah dia akui sanggup menyendiri lagi untuk mengejar cita-citanya. Biarpun ada lelaki yang cuba mendekatinya tetapi dia sanggup ketepikan dulu untuk mengejar cita-cita.

“Stacy rasa soal jodoh semuanya kerja Tuhan. Stacy rasa terlalu awal untuk mempunyai seseorang yang istimewa. Lagipun Stacy memberikan tumpuan dalam kerjaya dahulu. Stacy ingin berjaya betul-betul dalam seni suara barulah fikir fasal jodoh,”ceritanya dengan ramah.

Ketika ditanya apakah ciri-ciri lelaki idaman Stacy, dia hanya tersenyum. Baginya dia tidak pernah terfikir pun mengenai perkara itu.

“Stacy bukannya seorang yang suka memilih. Bagi Stacy yang penting Tuhan jodohkan Stacy dengan seseorang yang baik, bertanggungjawab dan boleh memahami diri Stacy. Stacy harap tidak salah membuat pilihan dalam menentukan soal jodoh. Janji dia okey gitu,” katanya.

Stacy juga mengakui yang dia tak kisah kalau bertemu dengan seseorang yang berlainan agama. Pendirian dan pegangan agama tidak penting dalam percintaan, yang penting keikhlasan hati.

“Bentuk fizikal juga bukan soalnya. Stacy tak kisah walaupun dia berisi yang penting, Stacy tengok dia Stacy boleh jatuh cinta dengannya dan suka dengan caranya. Dia boleh buat Stacy rasa ‘best’ dan gembira selalu,” katanya.

Menyentuh tentang pakaian seksi, ujar Stacy: “Stacy rasa Stacy bukan semakin seksi. Stacy rasa macam biasa saja. Mungkin masa ‘show’ AJL Stacy nampak seksi sebab baju itu ketat dan warnanya seakan kulit”.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: