
Kesemua pelajar itu dikehendaki untuk menyertai minggu orientasi dan kem muzikal yang meliputi pelbagai kelas bimbingan dan ujian kelayakan seperti vokal teknikal, vokal persembahan, tarian, dan lakonan selama enam hari bermula dari 1 Mac hingga 6 Mac ini. Dan kemudian barulah pelajar diuji lagi dalam Konsert Prelude yang kemudiannya 12 antara meraka akan diserap ke dalam akademi.
Jika tahun sebelumnya, Saida kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza menyertai AF, kali ini keluarga selebriti lebih ramai. Antara yang dikenal pasti ialah Ismaliza (Isma) kakak kepada vokalis kumpulan NewBoyz, Tomok, Khairil Azam atau Aril, adik kepada penyanyi dan pengacara Izwan Pilus juga isteri kepada Ezany.
Apa kata keluarga terdekat mereka:
1 ) Keluarga restui Isma : Tomok
“Dah lama dia menyanyi daripada sebelum berkahwin lagi. Isma ada memberitahu kepada keluarga yang dia nak menyertai AF musim terbaru ini. Kami sekeluarga memberikan galakan serta sokongan kepadanya.
“Saya turut berbangga dengan pencapaian Isma hingga sampai ke tahap ini. Saya doakan dia akan berjaya hingga ke peringkat akhir nanti. Semoga dia juga berjaya mengutip banyak ilmu nanti di sana. Semua keluarga menyokongnya. Malah kejayaannya juga menjadi kebanggaan keluarga kami,” ujar Tomok.
2 ) Izwan Pilus tak tahu adik pergi uji bakat AF
Menurut Izwan Pilus pula, dia sendiri pada awalnya tidak tahu adiknya pergi uji bakat hinggalah dia pulang ke rumah. Dulu Aril memang pernah menyertai Gangstarz dan kini menyertai AF pula. Sebagai abang, Izwan akan terus memberikan sokongan kepada adiknya. Dia berharap adiknya akan berjaya bukan atas tiket populariti abangnya tetapi kerana bakatnya sendiri.
“Aril terpilih dalam Top 20 atas usaha dia sendiri dan keluarga menyokong dengan apa sahaja yang dia mahu lakukan. Kejayaannya berlainan dengan yang pernah saya tempuhi. Sebagai abang saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya,” ujar Izwan Pilus.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: