Friday, March 20, 2009

Soseh Soseh: Artis, suami tidak sebumbung


SEMUA pasangan yang berkahwin pasti inginkan mahligai yang dibina itu berkekalan ke akhir hayat.

Namun, sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang kerana segala-galanya adalah ketentuan Tuhan. Begitulah yang berlaku kepada rumah tangga selebriti wanita popular ini. Khabarnya, rumah tangganya berhadapan masalah ketika ini.

Kata rakan SS, selebriti wanita ini juga sudah tidak tinggal serumah lagi dengan suaminya sekarang.

Malah, dia juga memberitahu rakan SS, tidak mahu meminta apa-apa pun daripada suaminya sama ada harta mahupun wang, tapi cukuplah sekadar suaminya tidak melafazkan cerai kerana dia tidak mahu memegang status janda buat masa ini.

Namun, kata rakan SS, dia tidak pasti apakah punca sebenar masalah dalam rumah tangga mereka itu kerana selebriti itu enggan bercerita masalah dihadapinya ketika ini.

Sepanjang pengetahuan SS pula, sejak awal perkahwinan lagi, pasangan sama padan ini juga berusaha untuk mendapatkan anak cuma sampai sekarang nampaknya rezeki belum berpihak kepada mereka lagi. Mungkinkah anak menjadi punca rumah tangga mereka bergoyang?

Hanya mereka saja yang ada jawapannya. Pada pandangan SS, tidak salah jika mana-mana pasangan yang berhadapan krisis rumah tangga tinggal berasingan buat sementara waktu untuk menenangkan fikiran.

Apapun, semoga selebriti itu dan suaminya mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka kerana sebagai orang Islam kita percaya, perceraian adalah perkara halal paling dibenci Tuhan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: