Thursday, March 19, 2009

Laungan hijau stesen radio


antara selebriti yang hadir menunjukkan minat terhadap kempen kesedaran tentang pemanasan global.


Dalam usaha memberi kesedaran terhadap masa depan bumi yang semakin uzur dalam situasi pencemaran globalisasi serta sikap tidak prihatin masyarakat bumi, Rangkaian Radio Media Prima yang terdiri daripada Hot FM, Fly FM dan One FM turut menyumbangkan inisiatif untuk kempen tersebut.

Melalui tiga stesen ini, Pesanan Khidmat Masyarakat dilaungkan sebanyak lima kali sehari bermula daripada 26 hingga 28 Mac 2009.

Pesanan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap masyarakat khususnya pendengar Hot FM, Fly FM and One FM untuk berfikir sejenak dengan keadaan bumi yang semakin nazak di mana dari situ mereka juga boleh turut menyumbang untuk menyelamatkan bumi.

Daripada kajian yang dilakukan, WWF mendapati bahawa kecuaian masyarakat Bumi dalam penggunaan tenaga merupakan faktor utama menyumbangkan ke arah kemusnahan planet bumi.

Earth Hour yang bermula di Sydney, Australia sekitar dua tahun lalu sudah menjadi satu agenda penting dan mula dipandang serius oleh dunia. Kini dalam percubaan menghimpunkan sebanyak satu bilion ikrar seluruh dunia untuk mengurangkan pemanasan global atau sekurang-kurangnya melambatkan proses tersebut.


PENGURUS Hot FM, Seelan Paul dan Pengarah Brand Management, Lam Swee Kim pada sidang media mengenai Earth Hour di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Sejurus itu, stesen-stesen Radio di Media Prima telah berikrar untuk sama-sama membantu meningkatkan kesedaran kempen ini di kalangan pendengar-pendengar stesen-stesen tersebut.

Hot FM, Fly FM dan One FM menunjukkan komitmen terhadap kempen ini dengan mengambil langkah besar untuk menghentikan siaran pada slot Earth Hour. Selaras dengan itu, dengan komitmen yang diberikan, Hot FM, Fly FM dan One FM bakal menjadi stesen-stesen radio yang pertama mengambil tindakan yang sedemikian.

Maka, tepat pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam, 28 Mac ini ketiga-tiga stesen ini tidak akan beroperasi seperti kebiasaan kerana kesemua tenaga elektrik yang digunakan akan ditutup selama satu jam. Hot FM, Fly FM dan One FM akan kembali ke udara seperti biasa tepat jam 9.31 malam tersebut.

Kempen ini juga akan dilaksanakan serentak di seribu buah bandar yang bakal mengambil bahagian.

Rangkaian Radio Media Prima berharap dengan sumbangan dan sokongan daripada ketiga-tiga stesen terhadap kempen ini lebih ramai yang dapat turut serta pada masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: