Walaupun menjadi Pengarah Eksekutif di PWTC dan Fazley International Kolej, namun bapa kepada seorang cahayamata ini masih tidak malu dengan membuka kedai gajet di dua kompleks beli- belah. Ikutkan kepada kemampuannya, mungkin Dr Fazley boleh membuka perniagaan yang lebih besar daripada apa yang sedia ada.
”Ini semua kerana minat. Inipun salah satu perniagaan yang saya jalankan atas Fazley International Trading. Seperti yang diketahui, barangan yang saya jual ini adalah antara barangan yang saya suka.
"Contohnya gajet, saya suka pada gajet sejak usia saya 7 tahun lagi. Mula-mula tu jual ‘online’ sahaja tetapi lama-kelamaan bila dah banyak permintaan lalu saya buka kedai. Kini dah ada dua cawangan di sekitar Kuala Lumpur.
”Bukan itu sahaja, saya juga ada menjual tas tangan, kain, jam tangan dan pelbagai koleksi lain yang memang saya dan isteri saya. Ianya juga agak eksklusif. Selain jualan secara online, saya juga buka kedai-kedai bila ada karnival untuk memudahkan lagi peminat membeli terus barangan yang saya jual,”ujar Dr Fazley.
Bagi Dr Fazley tidak pernah ada perasan malu ataupun segan jika dia terpaksa ke kedai ataupun pergi ke karnival untuk berniaga. Bahkan dia rasa bangga akhirnya apa yang dia minat dapat dikongsikan bersama peminatnya pula.
”Sebelum ini ada yang bertanya tentang koleksi yang saya suka pakai dan dari situlah minat itu datang. InQBox yang menjual gajet ada dua tempat iaitu di One Utama dan Midvalley ataupun lawati laman web www.fazleycollection.com. Banyak lagi yang akan saya usahakan, termasuklah barangan berbentuk keagamaan,” ujarnya.
Fazley juga akui, isterinya banyak membantu dia dalam perniagaan ini. Tambahan lagi, sejak ada anak kecil, memang Fazley merehatkan isterinya daripada bekerja. Tetapi tugasan dari rumah dengan cara online memudahkan isterinya membantu tugasan Fazley.
Dalam kesibukan dengan urusan pejabat dan kedainya, Fazley juga bakal muncul dengan album barunya sedikit waktu lagi. Khabarnya, album itu sudah hampir siap dan hanya tinggal untuk proses terakhir sahaja.
bagus fazley.kau memang ank dan bapa,suami yang baik.walau anak orang berada kau menunjkkan sifat yang tidak bergantung pada mertua dan bapak sendiri.isteri kau pun tak gunakan pengaruh makbapak dan bekas mak kandung dia.bagus..keluarga yang bahagia.mintak anak kau tak jadi macam bekas mertua kau yang gemuk tu ye..
ReplyDeletebekas mak kandung???mak kandung tetap mak kandung???boleh ke putuskan hubungan dgn mak kandung????pelik tul la..
ReplyDeleteUsha tangga kejayaan- Tinggalkan segala kenangan pahit dan menuju kearah kejayaan .Masa sudah berlalu tabah hati menempuh dugaan . Masa akan menentukan segala nya dan jawapan akan anda terima dalam masa 14 tahun lagi.
ReplyDeletehahaha... ramai orang tak faham cerita dah tak tau sapa mak mertua fazley... google jangan tak google...kat sini tak berani sebut ooiiii!
ReplyDeletecucu sapa tu? cuba korang teka?
ReplyDeleteaku dengar mak mertua dia tak suka dia pasal dia nie disangka "gay"! hahaha...sekarang semua peluang dah mula sekat! kesian2...
ReplyDeleteDatuk Paduka Datin Sri Rosmah Mansor
ReplyDelete