SEMPENA Minggu Setiausaha bulan depan, Cik Normah sudah terima banyak jemputan daripada hotel dan syarikat tertentu. Jemputan daripada hotel ini selalunya datang daripada pengurusan perhubungan awam atau pengurusan kanan. Selainnya dijemput atas hubungan kawan-kawan.
Tak apalah. Terima kasih dengan semua undangan ini. Tapi minta maaflah, bukan semua undangan boleh dipenuhi. Kalau Cik Normah tak boleh datang, pasti rakan setugas boleh menjadi wakilnya.
Antara undangan yang Cik Normah terima ialah menampilkan persembahan Faizal Tahir dengan Nita, bekas peserta Malaysian Idol musim kedua. Menarik juga undangan ini. Cik Normah teringin juga nak tengok macam mana agaknya persembahan yang menggandingkan Faizal dengan Nita nanti.
Zahid tak rasa apa-apa ke apabila tengok Nita bersama Faizal menyanyi di pentas nanti? Kena pula kalau dalam persembahan itu nanti, Nita dan Faizal berpegangan tangan menyanyikan lagu romantik? Jangan marah Zahid. Cik Normah usik saja.
Faizal Tahir dan Nita akan menjayakan persembahan terbabit di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak pada 22 April nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: