Wednesday, October 12, 2016

"Tidak Pasti Gosip Fattah & Neelofa Bercinta" - Michael Ang



Fattah dan Neelofa kini berlakon dalam drama terbaharu arahan Michael Ang. Foto Ihsan Instagram Fattah Amin.
KUALA LUMPUR: Pengarah drama Michael Ang tidak mengetahui sejauh mana kebenaran gosip dua pelakonnya dalam drama bersiri terbaharu Suri Hati Mr. Pilot iaitu Fattah Amin dan Neelofa dikatakan sedang hangat bercinta.
Michael bagaimanapun tidak menafikan sepanjang mengarahkan pelakon berkenaan menerusi drama bersiri itu keserasian mereka di set penggambaran disifatkan semula jadi seperti pasangan bercinta sebenar.

"Sebagai pengarah apa yang boleh saya katakan mereka memang cukup serasi di hadapan kamera dan bukan seperti dibuat-buat.

"Pendek kata memang dapat rasa macam mereka sedang bercinta. Tetapi sama ada benar mereka bercinta diluar set seperti digosipkan itu hanya mereka yang boleh jawab," katanya.

Michael ditemui pada majlis sambutan 20 tahun stesen satelit berbayar Astro yang diadakan di Bukit Jalil di sini, Isnin.
Michael Ang sanggup menunggu Randy Pangila untuk drama arahan terbarunya. - Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.
Michael Ang.
Pengarah itu menjawab gosip mengenai kedua-dua pelakon itu yang dikatakan dilanda cinta lokasi sejak sama-sama terbabit dalam drama yang turut diarahkan oleh Hadith Omar itu.

Suri Hati Mr. Pilot
 sedang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Dalam pada itu, Michael berkata, dia menilih Neelofa dan Fattah sebagai peneraju utama drama itu kerana ingin menampilkan kelainan memandangkan kebanyakan drama sering menampilkan wajah sama.

Tambah Michael, dia terkejut dengan persembahan yang diberikan Neelofa yang disifatkan sebagai luar biasa dan keserasian bersama Fattah sangat menyerlah.

"Penonton akan terkejut apabila melihat lakonan Neelofa dalam drama ini malah saya sendiri tidak menyangka kebolehan dan bakatnya begitu menyerlah.

"Neelofa sangat banyak peningkatan dalam lakonan malah Fattah pun sama seperti mana diperkatakan sebelum ini penampilannya kelihatan 'kayu' ketika berlakon.

"Pada saya Fattah sudah jumpa pasangan heroin sesuai dalam drama membuatkan dia selesa dan dapat memberikan yang terbaik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Michael berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Biar Aku Jadi Penunggu untuk siaran slot Akasia di TV3.

Menampilkan Janna Nick dan Ashraf Muslim sebagai peneraju utama, Michael berkata ia adalah karya pertamanya menerusi slot popular itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: