KEDAH berjaya merampas trofi Piala Malaysia daripada penyandang tahun lalu Selangor selepas menundukkan The Red Giants menerusi penentuan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 tamat masa sebenar perlawanan.
Mohd Rizal Mohd Ghazali menjadi wira Lang Merah apabila menyempurnakan sepakan terakhir menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd Khairul Azhan Khalid.
Penalti Kedah dijaringkan oleh Bang Seungwhan, Muhammad Farhan Roslan, Liridon Krasniqi, Baddrol Bakhtiar dan Abdul Halim Saari manakala, penalti Selangor dijaringkan Ugochukwu Ukah, Patrick Ronaldinho, Mauro Olivi, S Veenod dan Andik Vermansah.
“Kemenangan ini amat istimewa, kita menang Piala Malaysia buat kali pertama pada 1990 dan edisi ke-90 ini kita juara lagi. Ini hadiah buat Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang kini dipenggal terakhir sebagai Yang di-Pertuan Agong," kata pengendali Hijau Kuning, Tan Cheng Hoe.
Sementara itu, jurulatih sementara Selangor, K Gunanalan tetap memuji pemainnya meskipun hasrat mempertahankan Piala Malaysia musim ini tidak kesampaian.
"Selangor tidak kalah dalam tempoh 90 minit. Apa pun saya bangga dengan persembahan pemain, mereka sudah berikan yang terbaik. Cuma tuah tidak memihak kita malam ini," katanya.
Untuk rekod, ini kali kelima Kedah menjulang Piala Malaysia selepas kali terakhir pada 2008.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: