PETALING JAYA: Pelakon Raja Afiq memberitahu tiada perkara yang ingin dia selindungkan di sebalik perpisahannya dengan pelakon Anis Al-Idrus.
Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata, perpisahan yang berlaku antara mereka adalah kerana tiada jodoh dan ia tidak melibatkan pihak ketiga seperti mana yang diperkatakan sebelum ini.
"Terpulang kepada dia (Anis) untuk memberi penjelasan atau mendedahkan punca kenapa hubungan kami putus. Saya tiada apa-apa perkara yang ingin ditakutkan.
"Bagi saya, adalah lebih baik penjelasan tentang perpisahan itu dibuat secara baik tanpa memburukkan mana-mana pihak pun," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Raja Afiq diminta mengulas tentang kenyataan bekas kekasihnya Anis Al-Idrus yang akan menjelaskan punca perpisahan mereka pada masa yang sesuai berserta bukti tertentu.
Anis dalam kenyataan kepada mStar Online yang disiarkan pada Selasa tidak mahu memberi sebarang komen bagi menghormati keluarga dan pihak-pihak terlibat.
Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selama kira-kira lima bulan.
SILA BACA: Anis Al-Idrus Mahu Dedah Bukti Punca Putus Cinta Dengan Raja Afiq

Anis Al-Idrus
Raja Afiq turut menafikan perpisahan tersebut disebabkan orang ketiga selepas dia dikaitkan dengan pelakon gandingannya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz, iaitu Niena Baharun.
Tambahnya, hubungan baik dengan pelakon wanita itu hanya sekadar sahabat.
"Niena tiada kena mengena dengan hubungan kami, dia pun tahu tentang hubungan kami putus melalui akhbar seperti orang lain juga.
"Kami memang baik atas dasar sahabat dan tidak lebih daripada itu. Dia juga sudah ada kekasih," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya sama ada dia akan bergandingan dengan bekas kekasihnya dalam apa-apa acara, Raja Afiq berkata, dia akan cuba mengelak supaya tidak mahu timbul rasa kurang senang.
Bagaimanapun dia akan sentiasa bersikap profesional jika ia berkaitan soal kerja.
"Kalau boleh dielakkan baik kita elak, tapi kalau ia sudah jadi tanggungjawab saya perlu bersikap profesional," ujarnya.
Isu Rampas Kekasih Tuduhan Kelakar - Niena Baharun
Sementara itu dalam satu temubual dengan wartawan Jemang Rahman, Niena menyifatkan dakwaan mengatakan dia merampas Raja Afiq dari Anis Al Idrus sebagai satu tuduhan kelakar.
Niena, 23, berkata, tidak timbul isu rampas kekasih orang sedangkan dia sendiri sudah mempunyai teman istimewa sebelum mengenali Raja Afiq lagi.

Niena Baharun
“Saat mendengar dakwaan sebegitu dari beberapa sumber termasuk menerusi akhbar, saya hanya mampu ketawa dan menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang kelakar.
“Ini kerana dakwaan itu tidak betul namun saya faham inilah harga yang perlu saya bayar apabila memilih bidang seni di mana saya tidak perlu nak melatah lebih-lebih lagi saya di pihak yang betul," katanya.
Tambah Niena, dakwaan tersebut datangnya daripada insan-insan yang tidak senang melihat kejayaan yang dikecapinya hari ini.
“Adatlah, tidak semua orang senang dengan kita dan saya lebih senang untuk tidak ambil peduli apa orang nak kata selagi saya tahu saya di pihak yang benar.
“Jujur saya tidak penah ambil pusing kisah percintaan mereka dan bagi saya kenapa saya perlu dikaitkan sekiranya hubungan mereka bermasalah,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: