JOHANNESBURG - AFRIKA SELATAN. Seorang ahli pengakap berusia 12 tahun menggunakan kemahiran yang dipelajarinya untuk hidup setelah tersesat di hampir 24 jam seorang diri di taman perlindungan Gunung Magaliesberg lapor Dailymail.co.uk.
Tristan Smyth, berasal dari Greymont terpisah dari kumpulan pengakapnya pada waktu tengah hari dengan hanya berpakaian seluar renang dan juga berkaki ayam.
Menurutnya, antara pengalaman ngeri yang dia harus tempuhi adalah sewaktu terjumpa dengan sekumpulan babun.
"Saya cuba mengikut bulan namun gagal kerana hujan turun, ditambah lagi dengan keadaan gelap sehinggalah saya terdengar bunyi bising, apabila saya ke arah itu, saya terjumpa dengan sekumpulan babun.
"Untuk menyelamatkan diri, saya terpaksa terjun ke dalam sebuah gaung. Salah seekor daripadanya sempat menggigit lengan saya," katanya ketika ditemu bual media tempatan.
Tristan turut menceritakan pengalamannya bagaimana dia menggunakan air kencingnya sendiri dan juga daun-daun yang dilekatkan di tubuhnya untuk memanaskan dirinya pada waktu malam.
"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk memanaskan badan pada waktu malam oleh itu, saya harus memikirkan sesuatu supaya tidak kesejukan.
"Saat saya mula putus asa, wajah ibu akan terbayang dan itu membuatkan saya terus maju ke hadapan.
"Di dalam fikiran saya, jika saya terus ikut sungai dan juga matahari, nanti saya akan jumpa dengan bangunan, jalan raya dan juga manusia lain," katanya lagi.
Usahanya membuahkan hasil setelah dia mengikut satu pagar yang membawanya ke sebuah ladang di empangan Buffelspoort, beberapa kilometer dari kawasan dia hilang.
Tristan kini kembali di samping keluarga dan akan menjalani kaunseling setelah berdepan dengan pengalaman yang mengerikan itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: