SETELAH sukses dengan Rock (2005) dan Rock Oo! Rimba Bara Kembali (2013), pengarah Mamat Khalid kembali dengan buah tangan terbaru, Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan yang juga menjadi pelengkap kepada trilogi filem ini.
Berbanding dua naskhah terdahulu, sekuel ketiga ini memaparkan isu lebih berat yang dihadapi kumpulan Rimba Bara dan sebahagian besar kumpulan rock pada era 1990-an dalam usaha untuk menempatkan diri di dalam industri.
Tidak sekadar itu, mereka juga terdedah permasalahan lain di belakang tabir selain sisi gelap muzik rock itu sendiri yang sering meletakkan diri mereka dalam dilema.
Meski gaya penceritaannya disampaikan dengan cukup santai dan ringan, namun filem ini turut mengusik emosi penonton menerusi beberapa babak yang ditampilkan dengan cukup berkesan.
Mamat Khalid selaku pengarah berjaya menyampaikan mesej kepada penonton menerusi gaya satira yang disusun cantik tanpa mengganggu tumpuan penonton kepada perjalanan cerita yang dipaparkan.
Malah, gandingan pelakon asal yang masih dikekalkan seperti Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Azmi Black ternyata mencipta keserasian yang begitu baik seolah-olah Rimba Bara itu benar-benar hidup dalam dunia nyata.
Secara keseluruhannya, filem ini berjaya mengajak penonton mengenang kembali nostalgia zaman kegemilangan muzik rock suatu ketika dahulu dan jadi naskhah wajib sebagai pelengkap trilogi filem Rock sebelum ini.
Filem Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan Pengarah: Mamat Khalid Pelakon: Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Azmi Black, Kamarool Hj Yusof Genre: Komedi/drama Durasi: 119 minit Klasifikasi: P13 Tayangan: 27 Oktober mengangkat kisah perjuangan rockers tanah air sekitar era 80-an serta 90-an, melalui penceritaan yang disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan.
Dalam trilogi terakhir ini, diceritakan dari sudut pandangan ketua Rimba Bara, Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman itu era rock berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik baharu seperti rap dan hip hop awal 90-an.
Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa sama, Jijoe jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella (Amy Jueliet) sehingga sanggup meninggalkan kehidupannya sebagai rockers. Keputusan Jijoe membuatkan Rimba Bara semakin goyah hingga tercetus konflik antara anggota.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: