Thursday, October 20, 2016

Faye Kusairi Tak Akan Kahwin Untuk Tutup Kontroversi



Faye Kusairi akun dirinya tertekan dengan kontroversi yang melanda. 
KUALA LUMPUR: Pelakon Faye Kusairi tidak akan berkahwin dengan teman lelakinya, pengarah Azmi Hatta semata-mata untuk menutup semua kontroversi yang sedang melanda mereka ketika ini.

Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, bagaimanapun berkata, kekecohan tersebut merapatkan lagi hubungan dan mereka hanya akan berkahwin apabila tiba masa sesuai.

Azmi Hatta

"Ada orang kata kalau kami kahwin dapat menutup semua cerita tetapi bagi saya situasi sekarang tidak sesuai untuk ke arah tersebut.

"Insya-Allah saya hanya bersedia untuk berkahwin apabila tiba masanya. Setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja walaupun banyak dugaan yang datang," ujarnya.
Faye ditemui pada majlis memperkenalkan hos Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) di Hotel Renaissance, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Faye mengakui berasa tertekan apabila terus-terusan dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga Azmi dengan aktres Elly Mazlein.

Katanya, dia adalah mangsa keadaan dalam kontroversi itu dan mengakui sering menangis apabila dikecam hebat oleh pengikut di laman sosial.

"Saya faham situasi saya sebagai selebriti tetapi sebagai manusia biasa saya juga ada berasa sedih dan menangis apabila pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap saya.

"Saya mangsa keadaan dalam hal ini tetapi Alhamdulillah dugaan yang Allah berikan ini sebenarnya terdapat pelbagai hikmah.

"Syukur saya masih dapat teruskan kerja seperti biasa, rezeki dalam lakonan pun tidak putus," ujarnya.


Faye Kusairi

Sementara itu, menjelaskan tindakannya yang didakwa menyelar pihak media dengan panggilan bodoh di Twitter miliknya pada Selasa lalu, Faye menjelaskan dia tidak menujukan perkataan itu kepada pihak wartawan.

"Saya ingin memohon maaf kepada anda (wartawan) jika kenyataan saya di Twitter menyinggung perasaan kalian.

"Sejujurnya saya kesal di atas apa yang terjadi dan bukan niat saya untuk berkata demikian kerana ketika itu saya dalam keadaan tertekan.

"Kenyataan itu saya buat kerana provokatif pihak Elly dan bukannya saya memaksudkan media bodoh.

"Twitter pula tidak boleh menulis status panjang jadi saya tidak boleh jelaskan betul-betul," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: