Saturday, October 29, 2016

Elizabeth Tan Bukan Rujukan Artis Cina Dalam Pasaran Melayu



Elizabeth Tan dipilih menyanyikan lagu tema 'Elena of Avalor'. 
PETALING JAYA: Pelantun lagu Setia iaitu Elizabeth Tan tidak melihat dirinya sebagai rujukan terbaik apabila ada artis berbangsa Cina cuba mencipta nama dalam pasaran industri hiburan Melayu di negara ini.
Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 23, sebaliknya berkata, dia sendiri masih dalam proses belajar dalam memantapkan kemahiran bahasa Malaysia selain cuba memperluaskan lagi pengaruhnya sebagai penyanyi.
Lizzy memberitahu masih banyak memperbaiki diri.
"Ada banyak lagi yang lebih berjaya berbanding diri saya jika ingin jadikan saya sebagai inspirasi contohnya Soo Wincci dan Jaclyn Victor.

"Saya sendiri masih baru dan perlu lebih banyak belajar tambahan pula penguasaan bahasa Malaysia saya pun masih sederhana.

"Tetapi mungkin ada menjadikan saya sebagai inspirasi kerana melihat perjalanan karier saya cepat apabila terlebih dahulu dikenali menerusi YouTube," katanya.
Penyanyi itu ditemui pada sidang media program kartun Elena of Avalor di Publika di sini, Khamis.

Lizzy diminta mengulas kenyataan pelakon Suri Hati Mr Pilot iaitu Alvin Chong yang menjadikannya sebagai inspirasi untuk cuba mengembangkan karier nyanyiannya dalam bahasa Malaysia.

Dalam pada itu Lizzy turut dipilih menyanyikan lagu tema kartun berkenaan berjudul My Time dalam versi Bahasa Malaysia.

Elena of Avalor
 bakal menemui penonton bermula 13 November ini pada setiap hari Ahad, pukul 11 pagi di saluran Disney (Astro 615).
Lizzy menyanyikan lagu My Time untuk  cerita kartun Elena of Avalor.
Sementara itu sebagai penyanyi bukan Melayu dia  menyokong penuh sekiranya ada bangsa lain yang ingin mencuba membina karier mereka dalam pasaran Melayu.

Kata Lizzy, tidak salah sekiranya mencuba selain sentiasa mengambil pandangan dan kritikan peminat sebagai semangat untuk memperbaiki diri.

"Dengan teknologi hari ini pelbagai platform yang ada untuk sesiapa sahaja menyerlahkan bakat mereka.

"Pada saya, YouTube antara  medium berkesan untuk menunjukkan bakat kita tetapi haruslah bersedia dengan kritikan.

"Anggap kritikan itu sebagai satu proses pembelajaran dalam menjadikan diri kita lebih baik dan selebihnya anda kena percaya dengan kebolehan diri," ujarnya

Bercakap mengenai Elena of Avalor, Lizzy berkata, pada awalnya dia ragu-ragu apabila diberitahu terpilih menyanyikan lagu tema siri berkenaan.
Lizzy bakal merakamkan single terbaharunya tidak lama lagi.
Ini kerana dia tidak yakin dapat melakukannya dengan baik selain menyifatkan ia satu tugasan besar tambahan pula lagu berkenaan dikenali di seluruh dunia.

"Saya tertanya-tanya sebenarnya kenapa saya dipilih dan pada masa bimbang sama ada dapat melaksanakan tugasan itu dengan baik atau pun tidak.

"Ketakutan itu disebabkan lagu itu sangat dikenali dikalangan kanak-kanak tetapi jika saya tidak lakukan ia satu kerugian buat saya.

"Syukur rakaman yang mengambil masa selama empat jam berjalan lancar dan ia pengalaman baharu untuk saya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: