PORT DICKSON - Jika berkunjung ke daerah ini, rugi rasanya kalau tidak mengambil peluang menikmati keindahan flora dan fauna di Pusat Pelancongan Pendidikan Hutan Simpan Sungai Menyala Port Dickson.
Penolong Pengarah Jabatan Hutan Negeri Sembilan, Juliana Yahya berkata, hutan simpan yang terletak kurang 10 kilometer (km) dari pantai utama di daerah ini mempunyai khazanah alam semula jadi yang sangat unik.
Menurutnya, di hutan tersebut hidup pokok paling tua di Negeri Sembilan, iaitu jenis meranti berusia 300 tahun.
“Jika ke Hutan Simpan Sungai Menyala, orang ramai boleh mendekati pokok itu dengan hanya melakukan aktiviti meredah hutan tidak sampai 30 minit.
“Mempunyai keluasan 1,280 hektar, terletak pada ketinggian 20 hingga 40 meter dari aras laut dan dari struktur geografinya, hutan ini merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah yang terluas serta terbesar di Asia Tenggara.
“Dan hutan simpan ini adalah hutan dara yang masih lagi wujud di Semenanjung Malaysia dan kaya dengan kepelbagaian biodiversiti flora serta fauna,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, dalam usaha menyuntik lebih banyak elemen mesra pelancong di pusat pelancongan pendidikan berkenaan, pihaknya sedang dalam peringkat akhir perancangan untuk membina sky walk serta menara tinjau di kawasan hutan di sini.
“Projek ini dijangka dilaksanakan tahun hadapan dan dengan kemudahan ini, pengunjung boleh melihat panorama hutan dengan sudut pandang 360 darjah kerana menara ini akan dibina pada ketinggian 80 meter iaitu melebihi pokok di hutan ini.
“Dari sudut pandangan itu juga, membolehkan pengunjung terus melihat perairan Port Dickson kerana jarak antara hutan dan pantai tidak jauh,” katanya.
Juliana memberitahu, pihaknya juga akan menambah baik laluan Denai Interpretasi sedia ada dengan menambah papan informasi serta pandu arah bagi memudahkan pengunjung melakukan aktiviti di laluan sepanjang kira-kira tiga kilometer.
“Pengunjung yang datang boleh melakukan aktiviti meredah hutan melalui denai yang disediakan dengan di kelilingi pelbagai jenis pokok hutan termasuklah aneka pokok herba. Apabila bernasib baik, pengunjung boleh melihat hidupan hutan seperti kancil, ayam hutan dan semut merah hutan,” katanya.
Tambahnya, sejak pusat pelancongan itu dibuka kepada pengunjung sekitar empat tahun lalu, sambutan orang ramai sangat menggalakkan dan turut menerima kunjungan dari penyelidik, penuntut universiti, sekolah, peserta kursus serta pengunjung yang meminati keindahan alam semula jadi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: