KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay memberitahu anggaran kos menghasilkan video muzik untuk dua single terbaharunya berjudul Oh Na Na dan Selesa Tanpa Mu yang dirakamkan di Los Angeles, Amerika Syarikat mencecah kos hampir RM70,000.
Bagaimanapun, Liyana, 28, berkata, jumlah tersebut bukanlah terlalu mahal jika dibandingkan dengan idea dan kesungguhan kumpulan produksi yang diarahkan oleh pengarah baharu Jeany Amir.
"Kos untuk penggambaran kira-kira RM70,000 untuk dua video muzik yang dijalankan di beberapa lokasi antaranya Venice Beach, Palm Springs dan Malibu Beach pada Ogos lalu.
"Saya tidak terlalu fikirkan tentang kos sama ada mahal atau tidak sebaliknya idea dan kesanggupan kami untuk menjalani penggambaran selama empat hari ini dengan pelbagai cabaran yang lebih berharga nilainya," ujarnya.

Pengalaman manis Liyana dengan kru produksi warga Amerika.
Liyana ditemui pada majlis pelancaran lagu dan video muzik Oh Na Na dan Selesa Tanpa Mu yang diadakan di Hotel Grand Millenium, di sini, malam Khamis.
Kedua-dua lagu tersebut merupakan ciptaan penyanyi dan komposer Alif Sleeq yang dihasilkan pada tahun lalu.
Dalam pada itu, dia terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran antaranya cuaca yang terlalu panas dan lakosi yang berbahaya.
"Banyak cabaran yang saya lalui sepanjang penggambaran video muzik berkenaan, antaranya cuaca di California ketika penggambaran di sebuah padang pasir terlalu panas.
"Selain itu kawasan padang pasir itu juga ada banyak lubang-lubang rumah ular yang membuatkan saya sentiasa takut dan berjaga-jaga sepanjang penggambaran itu," ujarnya.

Liyana turut menyampaikan lagu baharunya Oh Na Na dan Selesa Tanpa Mu.
Sementara itu, berlakon bergandingan dengan seorang lelaki berbangsa Inggeris, Liyana berkata, perkara tersebut tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang suaminya yang turut berada di lokasi penggambaran.Katanya, model lelaki 'mat salleh' dalam video muzik berkenaan sentiasa bersikap profesional sepanjang penggambaran berlangsung.
"Orang putih bukan macam orang Melayu, kalau berlakon feeling sahaja lebih, mereka sangat profesional.
"Suami saya ada sepanjang penggambaran tersebut, lagi pula tiada banyak babak bersentuhan antara saya dan model mat salleh dalam video muzik itu," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: