KEDAI Kak Ani di No 3, Lorong 42 Pasdec Semambu, bukan sahaja sinonim dengan mahasiswa Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang malah pelanggan di sekitarnya turut memilih menjamu selera di situ.
Pemiliknya, Norani Baharom, 60, berkata, lebih 30 jenis lauk setiap hari disediakan dan akan ditukar bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan selain mengelakkan mereka bosan menikmati hidangan sama.
Menurutnya, pelanggannya lebih gemar lauk kampung seperti masak lemak pelbagai jenis sayur, ayam goreng kunyit selain lauk paling popular iaitu ikan keli dan kaki berlada.
“Mereka boleh mengambil nasi sendiri dan memilih lauk kegemaran. Harga bagi satu hidangan nasi dengan ayam goreng serta sayur di antara RM3 hingga RM3.50 sahaja,” katanya.
Selain itu, kedai Kak Ani menjadi pilihan bagi mereka yang mahu berjimat belanja kerana semua harga minuman di antara RM1 hingga RM1.50 manakala milo dan laici hanya RM1.50.
Norani berkata, kedainya bukan hanya tersohor di kalangan mahasiswa di situ, bahkan juga pekerja kilang dan kakitangan kerajaan berdekatan.
“Mereka sudah mengenali kedai ini kerana harga yang dikenakan juga murah sesuai dengan perbelanjaan pelajar,” katanya.
"Alhamdulillah, setiap hari lauk yang disediakan habis dan itu sudah cukup membuktikan pelanggan tidak pernah jemu menikmati hidangan yang disediakan," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: