SEJAK kebelakangan ini, kek coklat keju lava 'berhantu' dilihat viral di laman sosial dan menjadi kegilaan ramai.
Ia sekali gus membuatkan orang yang tidak pernah mencubanya, tertarik untuk menikmatinya.
Kek itu dikatakan 'berhantu' kerana keenakan rasa coklat dan keju, yang menjadi antara bahan utamanya, membuatkan sesiapa yang mencubanya, mahu mengulang makan kek itu berulang kali, seolah-olah ketagih.
Kek coklat keju lava 'berhantu' juga digelar sebagai 'ibu duit' bagi golongan peniaga bakeri dan pastri, selain menjadi sumber pendapatan bagi suri rumah, disebabkan permintaan yang tinggi di pasaran, dalam kalangan pelanggan dan peminat kek coklat keju.
Bagi pelajar, Dayang Sufilea Jeffrey Su, dia terasa hendak mencuba kek itu selepas melihat ia banyak dikongsi di laman sosial.
"Saya tertanya-tanya, sedap sangat ke kek itu sehingga orang gelarkan ia kek coklat keju lava 'berhantu'. Bila sudah rasa, ia sememangnya sedap kerana kombinasi coklat dan keju pada 'topping' kek ini.
"Kek ini memang banyak dijual di pasaran dan saya pernah membeli kek ini daripada ramai peniaga. Rasanya memang berlainan antara setiap peniaga dan harga juga berbeza. Namun, saya lebih suka kek coklat keju lava yang tidak terlalu manis," katanya.
Mampu habis tiga bekas
Konsultan, Kamarudin Md Isa berkata, walaupun bukan penggemar coklat, namun dia mampu menghabiskan tiga bekas kek coklat keju lava bersaiz kecil dalam satu masa.
"Saya selalu makan kek coklat keju lava, hasil air tangan isteri. Isteri saya juga menjual kek ini, selain kek yang lain.
"Bagi saya, kek coklat keju lava buatan isteri saya sangat sedap, lembap dan tidak terlalu manis, membuatkan ia enak dimakan serta tidak muak," katanya.
Sementara itu, pembantu tadbir, Nooraini Zubir berkata, kandungan kek coklat keju lava yang dilimpahi dengan keju dan coklat itu membuatkannya rasa seolah-olah 'ditarik-tarik' untuk makan hidangan itu.
"Pertama kali membeli kek ini daripada My Chocs For You, saya terus jatuh hati dengan rasanya yang sedap dan tidak terlalu manis, sesuai dengan cita rasa saya. Sehingga kini, saya kerap membelinya untuk dimakan sebagai pencuci mulut.
"Ada kalanya, saya akan membawa kek ini dalam kuantiti banyak ke pejabat kerana ramai rakan yang mengirim untuk membelinya," katanya.
Lebih 100 tempahan seminggu
Peniaga kek coklat keju lava menerusi My Chocs For You, Nor Aini Mohd Rusli berkata, kek 'berhantu' itu mula viral di laman sosial, sejak awal tahun lalu.
"Pada awalnya, saya tidak bercadang untuk menjual kek ini, namun disebabkan ia sudah menjadi viral dan 'trending', selain permintaan tinggi, saya menjualnya selepas Aidilfitri lalu," katanya.
Setiap minggu, lebih 100 tempahan kek tersebut diterima Nor Aini, yang kebanyakannya diterima daripada ejen dan individu di sekitar Lembah Klang.
"Tempahan hari biasa tinggi kerana ada orang yang bekerja mengambil bekalan kek ini, untuk dijual di pejabatnya. Setiap hari, My Chocs For You akan membuat purata 20 unit kek coklat keju lava kerana banyak permintaan.
"Bagi ejen yang hendak menjualnya, saya menetapkan tempahan minimum 10 unit kek. Selain itu, pelanggan boleh terus datang ke rumah saya di Seksyen U10, Shah Alam untuk membelinya," katanya.
Nor Aini berkata, kek coklat keju lava itu berbeza dengan kek biasa kerana 'topping' yang disaluti dengan keju, krim putar (whipping cream) dan coklat ganache.
"Biasanya, orang makan kek ini dengan menggunakan sudu kerana teksturnya yang lebih cair dan lembap. Bila dimakan, kita akan rasa seperti ada aiskrim pada kek kerana krim putar yang digunakan.
"Untuk keknya, boleh gunakan dua cara, sama ada kukus atau bakar, tetapi saya lebih suka membakar kerana ia lebih tahan lama. Walaupun kek ini dibakar, tetapi kelembapan kek masih dikekalkan," katanya.
Menurutnya, kek coklat keju lava itu menjadi trendy disebabkan kombinasi coklat dan keju, yang digemari ramai orang, daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa.
"Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di pasaran dan kek ini mudah disediakan.
"Kek ini boleh tahan sehingga tiga minggu jika disimpan di dalam 'chiller' dan dua hari pada suhu bilik," katanya yang menjual kek coklat keju lava pada harga RM6 untuk bekas kecil dan RM15, bagi saiz sederhana.
Selain kek coklat , My Chocs For You yang ditubuhkan sejak 2011 itu turut menjual pelbagai jenis kek dan hidangan pencuci mulut.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: