Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Siti Nurlisia Mohd Madzri berkata, inisiatif itu diserap dalam ASK tahun ini bagi menghargai karya dan kerja-kerja anak seni dalam bidang komedi yang sering dianggap remeh sebelum ini.
"Selama ini, kategori komedi dalam kebanyakan acara anugerah termasuk ASK tidak menjadi keutamaan dalam senarai calon berbanding kategori lain.
"Sedangkan kita nampak komedi sama ada drama, filem, rancangan atau karyawan itu sendiri semakin berkembang dan diterima baik oleh masyarakat," katanya.
Dua kategori baharu itu adalah sebahagian daripada 32 kategori keseluruhan yang dipertandingkan pada edisi ke-18 ASK ini.
Menerusi dua kategori itu, lima calon drama bersiri dan telefilem komedi disatukan bawah Drama Komedi Terbaik selain beberapa calon Pelakon Komedi Terbaik yang masih dirahsiakan.
Katanya lagi, pengenalan kategori komedi dalam ASK2016 bukan semata-mata mengikut trend penyiaran semasa yang dimeriahkan dengan kandungan komedi.
"Kami menganggap ia adalah waktu yang tepat dan bersesuaian untuk ASK2016 mengiktiraf dan menghargai mereka dalam komedi.
"Kita melihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini komedi semakin berkembang dan diterima baik jadi wajar untuk ASK2016 mengambil inisiatif itu," katanya.
Diminta mengulas mengenai pendirian stesen penyiar Astro yang masih tidak menghantar sebarang calon bagi kategori drama atau rancangan terbitan mereka, Siti Nurlisia enggan mengulas mengenainya.
"Seperti tahun-tahun yang sudah, kami tetap mengundang mereka untuk ASK kali ini tapi nampaknya masih tiada juga pencalonan.
"Sebagai penganjur kami menghormati keputusan dan pendirian mereka. Apa-apa pun, mereka tetap hantar beberapa calon untuk kategori filem," katanya.
32 kategori yang dipertaruhkan pada ASK2016 merangkumi 13 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam teknikal daripada semua penyiar dan produksi tanah air.
Drama-drama yang dicalonkan dalam ASK2016 adalah Anak Ibu Buangan Bila Tiba Saatnya, Cermin Kasih, Calon Syurga, Fatin, Hujan Malam Itu Khilaf Seorang Isteri, Ku Haramkan Susu Itu dan Lafaznya Aamiin.
Turut dicalonkan ialah Pondok Itu Rumahku, Rekah, Ramadan Berteduh Syawal, Raya Aidil & Fitri dan Selamat Hari Jadi Abah.
Drama Komedi Terbaik pula mempertaruhkan Ahli Mesyuarat Tingkap, Jom Kahwin, Mak Cun 2, Rajuk dan Si Montel.
Bagi Drama Rantaian Popular Media Sosial pula, tiga calon iaitu Kau Aku Kita, Menongkah Kasih dan Satu Cinta dipertandingkan di mana undian untuk pemenang kategori ini dibuka di laman www.anugerahskrin.com bermula 3 Oktober sehingga 5 November depan.
Untuk kategori Filem Terbaik, antara karya yang layak ialah Badi, Banglo Berkunci, Bravo 5, CCTV, Girlfriend Kontrak, Isteri Untuk Dijual, Jejak Warriors, Jwanita, Showdown danKeranda Tok Wan Terbang.
Filem-filem lain ialah Langit Cinta, Love Supermoon, Mat Moto, Nota, Pelepas Saka, Polis Evo, Munafik, Redha, Rembat dan Mat Moto - Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit.
Bertemakan Menggapai Impian, ASK2016 bakal bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 November depan bermula pukul 9 malam di TV3.
Hosnya ialah Alif Satar dan dibantu oleh hos bersama iaitu Sarimah Ibrahim, Ammar, Mira Filzah, Issey Fazlisham, Ajak Shiro, Haiza, Fiza Sabjahan, Azrel Ismail dan Puteri Aishah.
Acara karpet merah pula akan dikendalikan Nana Mahazan dan Hefny Sahad.
Berikut ini senarai kategori yang dipertandingkan pada ASK2016:
KATEGORI DRAMA
1. Drama Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Videografi Terbaik
4. Lakon TV Terbaik
5. Pelakon Lelaki Terbaik
6. Pelakon Wanita Terbaik
7. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
8. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
9. Drama Rantaian Terbaik
10. Penyunting Terbaik
11. Drama Rantaian Popular Media Sosial
12. Drama Komedi Terbaik
13. Pelakon Komedi Terbaik
KATEGORI FILEM
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Lakon Layar Terbaik
4. Pelakon Lelaki Terbaik
5. Pelakon Wanita Terbaik
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
KATEGORI BUKAN DRAMA1. Dokumentari & Majalah Terbaik
2. Bual Bicara Terbaik
3. Rancangan Hiburan Terbaik
4. Laporan Khas Berita Terbaik
5. Rancangan Realiti Terbaik
6. Rancangan Anugerah Terbaik
KATEGORI TEKNIKAL1. Rekabentuk Set Terbaik
2. Montaj Terbaik
3. Suntingan Terbaik
4. Videografi Terbaik
5. Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung
6. Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: