JANGAN simpan perasaan benci terhadap orang kerana lambat-laun boleh membibitkan perasaan sayang dan cinta.
Tanpa disangka, masakan juga boleh menjadi senjata untuk memikat hati seseorang.
Itulah yang terjadi dalam drama bersiri terbaru Nasi Minyak Kuah Cinta lakonan Nazrief Nazri dan Emma Maembong menerusi slot Dahlia selepas drama Bibik-Bibikku.
Drama 20 episod ini, menemui penonton pada setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang.
Turut membintangi drama yang penuh dengan unsur lucu dan romantis ini ialah Aishah Ilias, Shah Jaszle, Anas Ridzuan dan Idzham Ismail.
Menurut pengarah drama ini, Eoon Shuhaini biarpun menampilkan gandingan muka baharu, kecuali buat beberapa pelakon, namun ke semua pelakon memberikan komitmen yang baik dan mudah bekerjasama.
"Saya tidak ada masalah langsung bekerja dengan mereka. Saya pernah bekerja dua kali bersama Emma dan Nazrief. Cuma ini gandingan pertama mereka.
"Cuma yang menjadi cabaran buat saya adalah menghasilkan sebuah jalan cerita komedi yang tak syok sendiri.
"Bahkan ada beberapa babak, saya pastikan pelakon tidak melawak, tetapi situasi yang membuatkan mereka nampak kelakar," katanya.
Menjalani penggambaran selama dua bulan di sekitar Kuala Lumpur dan Sungai Besar, Eoon berharap penonton dapat menerima sebuah drama lain daripada yang lain.
Drama ini mengisahkan tentang Azka (Nazrief Nazri), seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tidak sengaja telah bertemu dengan Mia (Emma Maembong) di dalam sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung.
Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi massa.
Ketika di dalam bas, Azka dan Mia mendapati nombor tempat duduk mereka sama. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai tahap ego yang tinggi, maka tercetuslah pertengkaran antara mereka.
‘Drama’ antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yang sama dengan Azka.
Ini memberi peluang kepada Azka untuk membalas dendam terhadap Mia. Azka kurang bertuah dalam percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu, Azka agak dingin dengan perempuan dan menyerah soal jodoh kepada ibunya Azizah.
Di kampung, Azizah telah mengaturn pertunangan Azka dengan gadis bernama Zulaikha. Pada masa yang sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh untuk Mia dengan jejaka pilihan mereka bernama Putra.
Sekali lagi ibu Azka menyuruh Azka pulang ke kampung untuk bertemu dengan Zulaikha.
Namun, Azka terpaksa pulang sehari selepas tarikh yang ditetapkan ibunya kerana kebetulan Mia pun bercuti pada hari yang sama.
Zulaikha ada meninggalkan nasi minyak dan kuah kari ayam yang dimasaknya untuk Azka. Selepas merasai masakan Zulaikha, Azka mula rasa terpikat lalu dia pun meminta ibunya meminang Zulaikha.
Apa yang tidak diketahui oleh Mia dan Azka, mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil ‘Zulaikha’ oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya sebagai ‘pengubat’.
Pada masa yang sama, Mia bertanya tentang Putra kepada ibunya. Dia hanya pernah berbual dengan Putra melalui telefon sahaja. Sudah semestinya perasaan ingin tahu itu semakin kuat.
Apakah perasaan Mia dan Putra selepas mendapat tahu bahawa mereka telah bertunang dengan musuh ketat mereka sendiri? Adakah perasaan benci itu akan bertukar menjadi cinta?

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: