Saturday, October 29, 2016

iKON Kumpulan Paling Aktif Anjur Konsert



BIARPUN baharu setahun menceburi industri muzik, kumpulan iKON sudah menjadi antara kumpulan yang paling aktif mengadakan konsert jelajah.
Bukan hanya di Korea Selatan, mereka juga sudah berjaya mengadakan konsert di negara-negara Asia lain termasuk Indonesia dan Jepun.

Di Jepun sahaja, kumpulan ini berjaya mengadakan konsert berskala besar di beberapa lokasi.

Seperti dipetik One Hallyu, sepanjang tahun ini, konsert iKON telah dihadiri lebih 300,000 ribu peminat mereka.

iKON, muncul dengan single pertama berjudul My Type yang mendapat sambutan menggalakkan.

Kumpulan itu kemudian melancarkan album pertama berjudulWelcome Back sebelum aktif mengadakan persembahan konsert jelajah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: