IPOH - Kerajaan Perak berbangga kerana Lonely Planet sekali lagi mengiktiraf Perak antara 10 Wilayah Terkemuka Dunia pilihannya bagi tahun depan.
Exco Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pengiktirafan itu merupakan satu penghormatan besar dalam mempromosi Perak kepada para pelancong asing di serata dunia.
"Terdahulu, Lonely Planet memberi pengiktirafan kepada Ipoh di peringkat Asia tetapi kali ini penghormatannya lebih besar di mana negeri Perak pula yang dinobatkan antara 10 Wilayah Terkemuka Dunia.
"Kami rasa syukur dan ia dianggap sebagai platform untuk kerajaan negeri lebih mempromosi dan memasarkan produk-produk terbaik yang ada di Perak," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Seminar Kesedaran dan Klinik Harta Intelek anjuran bersama Akademi Harta Intelek (MYIPO) dan K Perak Inc Corporation di Hotel Heritage, di sini, hari ini.
Terdahulu, portal pengembaraan dunia itu menyenaraikan Perak di tangga sembilan selepas Coastal Georgia, Amerika Syarikat; The Tuamotus, French Polynesia; Aysen, Chile; South Australia; North Wales, United Kingdom; The Azores, Portugal dan Taranaki, New Zealand.
Senarai itu dimuatkan dalam terbitan terbaharu Best in Travel 2017 semalam, dan merupakan edisi tahunan ke-12 Lonely Planet yang memaparkan koleksi aliran pelancongan selain pengembaraan terkini, destinasi serta pengalaman dunia bagi tahun depan.
Menurutnya, kerjasama daripada pihak swasta juga penting bagi memastikan setiap produk pelancongan yang ditawarkan lebih kompetitif dan menarik perhatian pelancong luar.
Katanya, perkara itu turut dilihat mampu menjana pendapatan mereka lebih-lebih lagi sempena penganjuran Tahun Melawat Perak 2017 pada tahun depan.
"Perkara ini ditekankan kerana banyak agensi pelancongan yang ada di dalam negeri lebih mengutamakan tawaran produk di luar dan inilah masa untuk mereka promosikan produk negeri sekaligus menjana pendapatan," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: