EDINBURGH - SCOTLAND. Ratu Elizabeth sedang mencari tukang cuci baharu untuk membersihkan pasu bersejarah dan lukisan miliknya di kediaman rasmi di Scotland, Istana Holyroodhouse di Edinburgh.
Istana itu mengeluarkan iklan mencari pekerja pembersihan yang bertanggungjawab untuk memastikan pasu bersejarah  dan lukisan dalam keadaan terbaik yang berada di kediaman rasmi itu.
Calon yang berjaya akan dibayar £8580 (RM 44,150) setahun dan akan bekerja 20jam selama lima hari seminggu.
Iklan tersebut dimuatnaik di dalam laman web Diraja.
"Memberi perkhidmatan luar biasa dalam persekitaran luar biasa.
"Anda akan bekerja di semua kawasan di istana termasuk laluan pengunjung awam, pejabat kakitangan dan bilik negeri bagi memastikan yang terbaik untuk rakan, pelawat dan keluarga diraja." petik iklan itu.
Menurut iklan itu, anda akan membersihkan dan menjaga bahagian dalaman termasuk barangan dari dalam tandas, permaidani, perabot sehinggalah pasu bersejarah dan lukisan berharga.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Oktober ini.