KEWUJUDAN pelbagai program realiti Islamik berjaya mencetuskan fenomena tersendiri sekali gus melahirkan ramai pendakwah.
Bukan sahaja membantu menyuburkan syiar dakwah, peserta kelahiran program realiti ini juga mampu menjadi ikon kepada masyarakat.
Pun begitu, dalam keghairahan ‘meraikan’ kehadiran golongan pendakwah, timbul pula pelbagai cerita yang ‘kurang enak’.
Masakan tidak, platform tersedia seolah-olah disalah guna segelintir pendakwah lantaran dilihat mengejar populariti dan ‘glamor’.
Menyangkal dakwaan tersebut, Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris menjelaskan, pendakwah dan populariti saling berkait rapat dan perlu bergerak seiring.
Bagaimanapun, katanya, seseorang pendakwah itu masih tertakluk kepada keperluan asasnya iaitu ilmu di dada.
“Tidak dinafikan, pendakwah masih memerlukan populariti demi memastikan keberkesanan dakwah terhadap kumpulan sasaran. Namun, kawalan daripada sudut populariti itu juga perlu ada cuma asasnya sahaja tidak boleh ditolak tepi.
“Lagipun, masyarakat hari ini bijak dan tahu jika seseorang pendakwah itu ada ‘isi’ atau pun ‘kosong’ ketika berdakwah,” katanya kepada Media Hiburan ketika ditemui selepas pelancaran program realiti Pencetus Ummah musim keempat, baru-baru ini.
Kata Namanzee, kewujudan program realiti Islamik bertujuan menyediakan ‘pentas’ buat golongan pendakwah agar diterima budaya popular.
“Budaya popular ini penting, tetapi ia perlulah dikawal.
“Secara tidak langsung, kehadiran program realiti juga memberi satu landasan buat golongan pendakwah mengetengahkan ilmu dan bakat.
“Tidak dinafikan, mereka perlukan platform supaya lebih dikenali seterusnya boleh menyampaikan mesej dan dakwah dengan lebih berkesan,” katanya.
Tambahnya, kehadiran platform itu juga sebenarnya meninggalkan kesan baik.
“Secara peribadi, masyarakat hari ini terutama generasi muda berada dalam dunia sosial media.
“Jadi, bagi memastikan keberkesanan sesuatu mesej itu, pendakwah perlu ke arah itu seterusnya melakukan perubahan.
“Kita juga rasa ia perlu diberi tumpuan secara serius,” katanya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai program Pencetus Ummah, kata Namanzee, program realiti itu berjaya memberi impak besar kepada dunia dakwah tanah air.
Buktinya, hampir semua peserta berjaya ‘membina’ portfolio sebagai pendakwah, selepas program realiti itu berakhir.
“Alhamdulillah, dakwah setiap peserta tidak hanya terhenti di separuh jalan. Ada dikenali kerana pembabitan dalam beberapa program seperti PU Hafiz, PU Yeop, PU Rahmat dan PU Azman.
“Ada juga peserta balik ‘berkhidmat’ di negeri masing-masing. Bahkan, kita juga ada berhubung sekiranya menjalankan program pemasaran di tempat mereka.
“Bezanya, mereka hanya tidak muncul dalam televisyen, tetapi boleh tahan popular di tempat masing-masing,” katanya.
Syarat diperketat
Sehubungan itu, kata Namanzee, bagi meningkatkan kualiti persembahan, memasuki musim keempat, kriteria pemilihan calon peserta Pencetus Ummah semakin diperketatkan.
Pada masa sama, katanya, pencarian peserta musim terbaharu tidak menetapkan had umur berbanding tiga musim sebelum ini.
“Paling utama, kita mencari peserta yang mampu menyampaikan tazkirah dengan menarik dan kreatif serta berpendidikan agama.
“Kita juga berfokus kepada bakat pengucapan awam serta pengisian peserta dalam menyampaikan dakwah,” katanya.
Jelasnya, hasil sesi uji bakat yang dijalankan, sembilan peserta akhir berjaya dikenal pasti untuk meneruskan cabaran.
“Kali ini, kita menerima 2,000 penyertaan menerusi sesi uji bakat secara dalam talian, manakala lebih 400 calon hadir di empat lokasi berbeza.
“Musim ini menunjukkan bilangan peserta paling sedikit, namun latar belakang sembilan peserta terpilih semuanya pelbagai baik dari segi umur, pendidikan dan pengalaman.
“Jadi, perbezaan itu diharapkan memberi lebih banyak dimensi penyampaian dakwah sepanjang program kelak,” katanya.
Juara Pencetus Ummah musim kedua, Azman Syah Alias dan bekas penyampai radio serta pengacara popular, Faizal Ismail akan berganding bahu selaku pengacara sepanjang musim terbaharu ini.
Aktres terkenal, Fauziah Nawi pula bertindak selaku guru persembahan, manakala penceramah terkenal, Datuk Ustaz Badli Shah Alauddin pula akan menggalas tugas sebagai Mudir.
Pendakwah terkemuka, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan nama Dr Maza pula dipilih menjadi juri tetap di samping bekas penyampai radio dan pengacara popular, Fara Fauzana.
Pelakon jelita, Anis Al Idrus pula akan mengemudi program Serambi Pencetus Ummah yang bakal memaparkan aktiviti dan proses pembelajaran dilalui peserta.
Jalin kerjasama dengan SPRM
Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, sebagai usaha untuk terus ‘memikat’ penonton, pelbagai kelainan dilakukan supaya segar dan relevan.
Katanya, kali ini, pembaharuan dilakukan daripada segi format dan konsep rancangan apabila memperkenalkan segmen perbahasan dan soal jawab.
“Dua segmen ini bakal memperlihatkan kebijaksanaan semua peserta melontarkan idea dalam berdiskusi mengenai sesuatu isu.
“Kesediaan menerima pendapat orang lain serta berdebat secara berhemah membantu mengangkat konsep dakwah yang satu kepada sekalian umat sekali gus memberi fokus kepada bakat pengucapan awam serta pengisian peserta,” katanya.
Selain itu, katanya, buat julung kalinya juga, Pencetus Ummah berkolaborasi dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, kerjasama itu bertujuan menyebar luas mesej pencegahan rasuah dan pembinaan integriti jitu di kalangan masyarakat.
“Kita memandang tinggi kerjasama yang terjalin. Ia sebagai tanda sokongan kepada badan-badan kerajaan khususnya SPRM dalam melaksanakan dakwah.
“Kita melihat kerjasama ini sebagai platform yang baik dalam menyampaikan mesej kesedaran kepada orang awam,” katanya.
Menerusi jalinan itu, katanya, Pencetus Ummah akan menyiarkan kandungan program daripada SPRM pada setiap minggu.
Jelasnya, tetamu khas dari SPRM turut diundang bagi menyampaikan tazkirah berkaitan pencegahan rasuah dalam salah satu episod program itu.
“Peserta bakal mengupas dan mendedahkan pelbagai aspek mengenai integriti diri, rasuah dan pencegahannya melalui penyampaian tazkirah.
“Penyampaian tazkirah itu pula akan dilakukan secara santai dan relaks,” katanya yang turut berharap berpeluang menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, pendekatan itu digunakan lantaran menepati golongan sasaran agensi tersebut.
Katanya, peserta program realiti itu terdiri daripada golongan belia berusia di antara 18 hingga 41 tahun.
“Mereka lebih memahami rakan sebaya jadi mungkin platform ini akan lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat berkaitan hukuman rasuah dan sebagainya untuk beri kesedaran kepada penonton,” katanya.
Jelasnya, sifat tamak dan kecenderungan berbelanja melebihi kemampuan membuatkan individu berusia di bawah 40 tahun lebih terpengaruh untuk menerima rasuah.
“Peserta dan penonton program ini rata-rata di bawah usia 40 tahun, yang mana ia merupakan salah satu golongan yang diberi penekanan.
“Usaha pencegahan rasuah perlu dilakukan oleh semua pihak kerana isu ini melibatkan keseluruhan masyarakat,” katanya.
Menerusi kerjasama itu, katanya, Pencetus Ummah akan menyediakan ruang dan peluang dalam setiap episod untuk adakan sesi soal jawab bagi bicarakan isu berkaitan rasuah.
“Kita percaya, penyampaian mesej harus dilakukan dalam pelbagai cara dan tidak mengira platform sekali gus meninggalkan kesan berpanjangan,” katanya.
Juara Pencetus Ummah musim keempat bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi manakala pemenang tempat kedua, akan membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan meraih wang tunai RM20,000 dan RM 10,000 berserta trofi setiap seorang.
Kembali menemui peminat setianya, Pencetus Ummah bakal bersiaran secara langsung dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan dipancarkan menerusi Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135) pada setiap Khamis jam 9 malam, mulai 27 Oktober ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: