Alif atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 27, perkara tersebut membuatkan dia lebih menghargai setiap masa ketika bersama isteri dan anaknya Alana yang kini berusia lima bulan.
"Saya balik ke Singapura boleh dikatakan setiap minggu kerana terlalu rindu dan saya akui ada baiknya hubungan berjauhan ini.
"Bila balik ke Singapura, saya akan habiskan masa dan menghargai setiap masa dengan mereka. Apa yang penting ialah kualiti bukan kuantiti masa yang dihabiskan dengan mereka," ujarnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Tepi Sikit ini mengakui terkilan apabila tidak dapat melihat pembesaran anak sulungnya itu di depan mata.
Namun, dia akur terhadap pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk mencari rezeki keluarganya.
"Setiap hari saya facetime tapi rasa tidak puas untuk melepaskan rindu dan saya paling sedih jika terlepas peluang melihat dia pandai melakukan sesuatu yang baru," ujarnya.
Sementara itu, Alif mengakui ahli keluarganya meminta dia kembali meneruskan kerjaya seni di Singapura selepas ibunya meninggal dunia Februari lalu.
Bagaimanapun, Alif berkata, isterinya tidak membenarkan pulang ke Singapura sebaliknya memberi kepercayaan kepadanya untuk terus mencari rezeki di negara ini.
"Selepas ibu meninggal memang ahli keluarga minta saya balik ke Singapura dan meneruskan kerjaya seni di sana.
"Hanya isteri sahaja yang beri dorongan dan galakkan kepada saya untuk terus tinggal di sini, dia faham bagaimana susah saya untuk mencipta nama di sini," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: