DIJEMPUT untuk mengadakan konsert 3 Kejora Bersatu pada awal Oktober lalu ibarat memberi ruang buat salah seorang anggota Brothers, Yasin Sulaiman untuk lebih fokus dan komited dalam dunia seni tempatan.
Mengulas mengenai perjalanan seninya secara peribadi, Yasin yang sebelum ini popular dengan lagu Mimpi Laila dan Salsabila mengakui dia kini sedang memasang perancangan untuk terus memeriahkan dunia hiburan tempatan dengan perjuangan muzik berbeza.
“Bersama Brothers, kami sudah pun melancarkan album berjudul Sabar pada Mei tahun lalu dan Alhamdulillah, single pertama kami iaitu Demi Cinta mendapat reaksi positif dari pencinta nasyid kontemporari dan pastinya, maklum balas baik ini memberi ruang buat kami untuk terus menghasilkan yang terbaik pada masa depan.
“Sementara untuk album solo pula, Insya-ALLAH mengikut perancangannya, ia akan dipasarkan pada penghujung tahun ini. Semoga ia dapat direalisasi seperti yang diharapkan.
“Terdahulu single pertama saya, Muzik sudah pun dimainkan stesen radio tempatan sejak Ogos lalu,” ujarnya.
Tambah Yasin, dia turut memberitahu bahawa dia juga mempunyai sebuah lagu duet bersama Faizal Tahir yang bakal dimuatkan di dalam album solonya tidak lama lagi sebagai single kedua selepas Muzik.
“Kolaborasi saya bersama Faizal dikira sebagai satu peluang baik dan keseluruhan proses rakaman, saya serahkan kepada tenaga muda bagi memberi suatu nafas segar buat lagu yang berjudul Dialah itu," katanya.
Yasin berpuas hati dan gembira dengan lagu tersebut kerana iramanya mempunyai elemen rancak, pop dan berbeza daripada lagu yang pernah dirakam sebelum ini dan mengakui dengan album single yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Untuk rekod, Yasin sebelum ini sudah pun mempunyai tiga album solo iaitu Mimpi Laila, Salsabila dan Arus Qudus yang diterbitkan pada 2009.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: